BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Heartbeat (Lebih Awesome dari Nuffnang??)

Pages

Showing posts with label Surprise. Show all posts
Showing posts with label Surprise. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Entry Khas Kad Kahwin by Zekryila


Entry khas mengenai Kad Berkahwin Day 
Cik Hasila & En Shahril



budak-budak office dah dapat kad.
yang pos, lala janji esok jugak lala pos!!!!
*Ya Allah, moga dipermudahkan*



Wednesday, January 5, 2011

Kad Kahwin akan dipos minggu depan!sila semak nama anda!

*entri akan sentiasa diupdate sehingga minggu depan*
sehubungan dari Entri ini, Entri ini, dan Entri ini,
maka, diumumkan Kad Berkahwin Lala akan diposkan
bermula minggu depan.
Lala akan emel sekali next week.

Ipoh : 5 Februari 2011
Kajang : 12 Februari 2011

maka, senarai updated seperti di bawah,
takot ada tertinggal.

amaran : lala update senarai yang ada blog sahaja. *senyum*
yang takder blog, jangan risau. insyaALLAH.
sampai jugak kad lala tu!


Segera lah anda yang teringin, 
isi di Entri Ini

Sunday, January 2, 2011

Ukiran di Buah2an


first of all, nak ucap tahniah banyak-banyak,
dan selamat pengantin baru kepada
Zara, Hazlynda, Bunga Kristal, & Rabiatul Adawiah,
dan sesiapa sahaja yang meraikan perkahwinan pada tarikh cun,
01.01.11
moga bahagia hingga ke akhir hayat!


kembali kepada tajuk.
lala terjumpa gambar buah-buahan yang diukir.
seperti di bawah.

siapa yang rajin, boleh buat.
*senyum* 






ukir nama pada buah dan dijadikan centerpieces,
pasti best!

Saturday, January 1, 2011

Buku Alamat : Mohon Update ya semua!


*Sticky Entry*
Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia,
Mohon berikan maklumat anda bagi memudahkan Lala bagi Kad Berkahwin Day nanti yah!

sama ada anda pembaca tegar blog ini, rakan rapat atau sesiapa sahaja
yang teringin nak datang Berkahwin Day kami!

p/s: jangan risau, ini bukan RSVP, cuma memudahkan pengeposan kad!
boleh juga nyatakan kalau anda inginkan secara softcopy!
*green environment*

Reception (Ipoh) : 5th February 2011 (saturday)
Reception (Kajang) : 12th February 2011 (saturday)


credit: Mysarah

terima kasih!
thanks!
 

Wednesday, December 29, 2010

Kerusi Pelamin - High Back Chairs

makin hari makin banyak lak High Back Chairs
yang colornya chantek-chantek!


credit : Rass Deco
PUTIH



BROWN



credit : ini ambil dari b2b, Aya
MERAH



credit : Ann
TURQOISE



credit : Zaifie Zainal
HITAM


lepas ni, warna apa lak?
*sweet*

updated : Amy buat Entri kerusi Chaise Lounge. nak tau?
Entri ini.

Tuesday, December 28, 2010

Kad Kahwin design sama


amaran : kad kawen ni kawan lala punya.
dua-dua kawan lala punya, kalau korang terkecil hati , ampun maaf diminta ya.
sebab guna kad kawen korang sebagai contoh entry.
*waa...minta ampun siap-siap*


design dari *rasanya korang tau kot*


ha, lala dapat kad dari kawan lala,
yang lala perasan, 'eh, sama lah'
ok lah, hampir sama.


tu yang lala lebih suka customize!
pujuk en shahril pun, susah betul. huhu
kos untuk Kad Berkahwin Day akan dipotong abis-abisan.


actually, kad Berkahwin Day lala dah siap!!
hmm, lala dah cerita dulu, lala taknak gambar sendiri dekat kad,
dan nak lain sikit dari biasa. 


korang tunggu jalah eh, 
kalau nak tau sapa menang.
*gelak*

Sunday, December 5, 2010

DIY: Bantal kecil dengan gambar sendiri

Dari ezlovey
bantal comey, kecil yang boleh letak dalam kereta.
sangat comey!





ezy ada open order for second batch!
order, cepat order!

just click di sini (entri ezlovey)
comel dan murah!

p/s: kalau sape2 rajin, sebenarnya boleh buat sendiri.

Wednesday, December 1, 2010

Pembalut Hadiah Versi Murah

disebabkan hujung-hujung tahun ni, 
banyak yang bakal kawen.
dan kita yang pergi ni, bakal kekurangan wang lagi untuk beli hadiah.
jadi, mari kita berjimat dengan 
Wrapping Paper Murah!


dengan menggunakan surat khabar lama dan riben chantek.
 




pembalut kosong murah, doily paper, tali dan apa-apa saja yang murah.
hias sendiri.


Idea untuk Baju Berkahwin Day

seperti yang digembar-gemburkan di
theme color di ipoh, Blue & White.


boleh buat Baju Berkahwin Day,
seperti di bawah?


credit: sorry, lupa nak amik link

dang!
confirm-confirm kena reject dengan en shahril.
takdernye dia nak pakai biru gini.
*gelak*

Tuesday, November 30, 2010

Task terbaru: Menempah Kad Berkahwin Day

amacam? cantik kan ?




wait, wait! ini bukan kad Berkahwin Day lala.
walaupun lala suka sangat kalau kad yang handmade, dan hanya menampilkan satu belah pihak
seperti entri ini
tapi terpaksa lah beralah. 
perlu tunjukkan ciri-ciri isteri solehah. *gelak*
lagipun agak pricey, dan taknaklah bagi tetamu makan ubi kayu semata-mata kad kahwin.
*gelak lagi*


so, sabtu lepas dah pergi pilih design dekat kedai.
kedai yang buat promotion masa Karnival Pengantin di SACC Mall, Shah Alam
en shahril berkenan dan booking terus.
ada jugak kesah ala-ala kene tipu dekat Karnival itu, nanti cite lain kesah itu.


so, nak cite sikit kesah pilih design kad Berkahwin Day kami,
 dan apa yang perlu semasa design kad kahwin.

1. sila hadirkan diri
pergi lah berdua. baru best rasa pengalaman.

2. sila bawa resit booking.
kami main terjah ja kedai. naseb baek pekerja dia ok, dan kami sama-sama cari nama en shahril dekat buku resit. dalam 5,6 buku resit ada.

3. sila fikirkan dan berbincang tentang design  kad kahwin.
takot nanti rambang mata. dan bergaduh-gaduh tentang design.

cik lala: taknak ar letak gambor. malu...
en shahril: ala, letak ar. baru tau muka pengantin.
cik lala: dik, dik pegi layan customer lain dulu, nanti dah discuss kitorang panggil.

4. sila ambil tahu maklumat yang perlu di kad kahwin.
maklumat seperti nama ibu bapa, nama pengantin, nama untuk dihubungi, no telefon untuk dihubungi, tarikh kahwin (tahun biasa dan tahun hijrah), doa, ayat-ayat comey yang anda mahu.

5. sila bawa softcopy map dan gambar (kalau nak letak gambar)
untuk menyenangkan pihak kedai untuk map. begitu juga dengan gambar jika nak letak lah. *senyum* . kalau nak emel pun takper.

cik lala: nanti kami emel ye semua.

6. sila jangan lihat design lain bila dah decide.
takot nak tukar design bila jatuh hati kat design lain.

cik lala: dik, boleh tak nak tukar design?
pekerja: oo, design tadi?
cik lala: ha, design tadi nak cancel. nak yang macam ni.

7. sila bawa kesabaran anda.
ooo..penting ni..! tambah-tambah yang no 3 tu, memang takder dalam list kami.  


akhirnya, kad untuk Berkahwin Day hampir settle.
settle 40% kot. doa, map tak bagi lagi.
tapi syukur sangat sebab pekerja dekat situ ok.
melayan kami yang hua-hua ni.


dan puas hati, bila cik lala dan en shahril 
berjaya mencapai persepakatan.
 kad untuk Berkahwin Day yang turut simple.
wahai semua, pasti akan ada satu untuk anda!
tungguuuuuuuuu.........


Sunday, November 28, 2010

Reveal : theme color (Berkahwin Day & Bertandang Day)

rasa-rasanya dah tak tukar kot theme color ni.
so, lala reveal aja di sini.


untuk Berkahwin Day.
Ipoh, Perak
Dengan Izin ALLAH (InsyaALLAH)
Blue & White.





Bertandang Day
Kajang, Selangor
Dengan Izin ALLAH (InsyaALLAH)
Light Gold, Black and White.
 



untuk Bernikah Day, jangan tanya.
tak laen tak bukan, putih ar. Baju Bernikah Day pun tak ambil lagi.


Friday, November 26, 2010

Baju Nikah dah siap tapi malas nak amik


masih ingat keinginan baju nikah begini,
hanya itu ja permintaan Lala


tapi,



semalam petang dapat message berbunyi:
"salam baju dah siap buat manik. dah boleh datang ambil..
butang balut kita tak dapat buat.. harap maaf."


tu sebab malas nak amik.
first time fitting, memang dorang kata tak boleh buat butang balut tu.
maka, lala kata nak jugak. *degil*
pastu, dorang kata akan cuba sedayanya. *sekadar ambil hati kot*
then, petang semalam dapat message gitu.


tidak seperti yang diingini.
baju nikah yang hanya baju kurung moden itu,
yang simple itu, akan nampak lebih simple tahap yang sangat simple.


takper,takper.
taknak stress, anggap aja dugaan orang nak berkahwin.
apa yang kita nak, tak semua dapat.
*senyum cebik*


Tuesday, November 23, 2010

Ministry of Moment : Just Click contest

ini sticky post juga ya.
mohon klik 'older post' bagi membaca apa yang telah Lala mengarutkan di sini.



hanya click 'LIKE' dan menangi Pakej Fotografi Bernilai RM2,000
(saja translate - nak guna bahasa melayu sahaja)
Dianjurkan oleh Ministry of Moment.

terliur?mari kita lihat cara-caranya.

Apa yang anda perlu lakukan :
1. Cari MINISTRY OF MOMENT page di Facebook dan click “Like”.

(done).

2. Pergi ke ‘Photos’ dan cari folder yang bertajuk ‘Contest’.

(done).

3. Masukkan yellow poster di atas dan 'tag' 10 rakan.

(done). meng'tag' kawan-kawan yang tengah hangat bercinta, sudah bertunang dan sesuai untuk dipengaruhi.

4. Pilih satu gambar yang anda sangat-sangat suka dari folder yang sama dan tulis satu entri kreatif dalam blog dengan tajuk,  Ministry of Moment : Just Click contest dan ceritakan kenapa anda sangat-sangat suka gambar itu.

(diceritakan seperti di bawah. consider done).
 
5. Di bawah gambar, taip; source: Ministry of Moment dengan link www.ministryofmoment.com

(done). 

6. dan yang terakhir, tinggalkan link cerita kreatif anda di Comment Box di Ministry of Moment, dengan Facebook's username anda.
(done).

Kalau masih blur, silalah klik di sini. Ministry of Moment.


ini gambar pilihan.



cliche kan untuk memilih gambar orang kahwin.
bila tengok semua 200 photos dalam folder Contest, gambar yang berunsurkan kahwin, banyak buat lala tersengih-sengih. konon berangan jadi pengantin dalam gambar. erm, lagi 2 bulan, 2 minggu dan 3 hari.



kenapa pilih gambar ini?
sebab ter'stuck' dekat gambar ini. pengantin bergambar ceria beramai-ramai. lala pilih gambar yang buat lala senyum. tak perlukan banyak prop, tak perlukan latar belakang yang cantik,  hanya menjadi diri sendiri. dan bukankah menjadi kewajipan semasa Berkahwin Day, untuk dikelilingi orang yang kita sayangi dengan gaya yang tengok-sekali-tak-puas? Berlakon menjadi diri sendiri dan menyerahkan segala kuasa kepada Jurugambar yang terbaik untuk menjadikan ia gambar TERBAIK! dan mereka jugalah akan buat kita jatuh cinta pada hasilnya.
*itu yang lala bayangkan gambar perkahwinan lala bersama family, dan 9 anak buah yang aktif*



oh yah!
tahukah anda bahawa pemenang akan memenangi pakej Fotografi yang turut merangkumi aktiviti outdoor?
untuk yang bakal berkahwin, boleh jadikan Ministry of Moment untuk buat Pre-Wedding atau Post-Wedding. Kalau dah kahwin, boleh guna hadiah ini untuk mengabadikan kenangan bersama keluarga. dan, dan (ada lagi), yang belum ada niat nak berkahwin, boleh guna hadiah untuk bergambar-gedik dengan kawan-kawan. dan semuanya bersekali dengan album tau!
 taknak cuba?


dan merujuk kepada 2 soalan di laman web Ministry of Moment,
1. Adakah anda jealous melihat gambar2 perkahwinan artis seperti Siti Rohani Nurhaliza or Umie Aida dan anda mengimpikan gambar2 anda secantik gambar2 tersebut? terdetik sedikit perasaan cemburu di hati?
oh, sangat cemburu!

2. Adakah anda down apabila anda tahu harga yang mereka bayar untuk gambar secantik itu adalah menyamai jumlah gaji anda setelah bertungkus lumus selama sebulan?
oh, macam mana tau ni?




bagi lala, tak kira lah dapat guna hadiah ini untuk apa (kalau ada rezeki, InsyaALLAH) , tapi yang pasti lala mahu orang lain pula yang jealous tengok gambar perkahwinan lala!*gelak*


Tarikh tutup 30 November 2011 (12 tengah malam)
dan pemenang akan diumumkan pada 3 Disember 2010.

korang mesti nak hire photographer yang terror ja kan untuk wedding.
nah, mereka ini photographer untuk Datin Paduka Umi Aida dan hubbynya.
nak kata apa lagi. *telan air liur*

Ministry of Moment punya orang kuat.
Photographer  [Shafiq Akmal, Syahir Ismail, Arief Ahmad, Carlos Nizam]
Designer [Shafiq Akmal, Arief Ahmad, Carlos Nizam, Omar Farid]
Admin [Huda Ainiyah]

boleh kita bersama?

p/s: selamat berjaya, Lala!

Wordless Wednesday no.1


Thursday, November 18, 2010

Project baru

akan ada projek baru.




boleh nantikan tak? tengah usahakan projek ini.
harap diapprove.

Tuesday, November 9, 2010

CupCake Craft & Handmade Card Giveaway!


their first ever giveaway dan memang patut lah join!
caranya sangat-sangat mudah.
only 2 steps require..
  1. Leave your comment (a short one will do) with your contact details (email address) here at this giveaway post. (DONE)
  2. Follow this blog.  (sudah lama DONE)
akan hanya ada 1 lucky winner yang akan dapat present kebaboom dari 
iaitu Tri-Shutter Album


dan air liur korang pasti meleleh.
first time lala tengok blog this lovely sisters,
lala terus order Tri-Shutter Card for En shahril's birthday.
selepas itu, terus aja this sisters closed order.
*sedih*


tapi, tapi, ada special edition untuk order Hari Raya Card.
lala tak sempat nak buat post tentang card itu,
tapi lala antara the lucky 10!


lala nak lagi order card di Blog ni,
tapi disebabkan the sisters still tak bukak order, lala ambik inisiatif buat sendiri.
itu pun, ambik ilham dari dorang jugak.
itu pun, en shahril tak percaya lala buat sendiri.
aiyok, mestilah kalau the fadzni atau adilah buat lagi gempak!

*we're married in less than 3 months now*


sekarang, dorang buat Giveaway,
sangat lah excited mahu!
then, boleh jadi surprise card for en shahril,
masa kami punyer Berkahwin Day nanti.


the sisters

p/s: They are now open order for available design.
jadi, cepat grab!

Wednesday, October 27, 2010

Anugerah Blogger Harapan jatuh kepada...............


thanks Cma
for the anugerah!
ucapan dulu:
saya ingin mengucapkan terima kasih pada Yang Maha Kuasa,
ibu bapa saya, family saya, my tunang,
oh, tidak lupa rakan-rakan seperjuangan di blog ini.
*gelak*


dah dapat award, kena jawab soalan:
Slogan nape aku suka memoriseorangmuda?
baru ja bukak blog dia ni,
budak Form 4? sekarang Form 5 kot.
pergh, hebat ko dik!
jadi, akak suka! arap ko still belajar rajin-rajin.


Reaksi selepas dapat Award ni?
saya sebenarnya agak terkejut.
dan tak sempat nak sediakan speech yang rapi.
maaf jika saya tidak menyebut nama yang menyumbang ke arah award ni.
*sewel* 
*gelak*


Perlu Tag 15 Blogger lain...
oh, award saya perlu dikongsi kah?
berangan lebih.
kawan-kawan, terimalah award ni jugak!
disebabkan terlalu banyak nak ditag,
blogger yang lala tag disini,
kena ambil award ni jugak.

selamat mengambil award!

Tuesday, October 19, 2010

2 award dari 2 B2B yang awesome!


terharunyer..
pagi-pagi dah buat hati lala berbunga-bunga.
macam dapat bunga.

dapat award!
my 1st and 2nd award!
*yabedabedu*



Syarat-syarat Penerima Award
1) Thanks the person who give you this award
telah dilakukan dengan ikhlas pada
Cik Renee - http://reneemeowwedding.blogspot.com/
&
Cik Nora - http://aureliazara.blogspot.com/


2) Link that person at your blogroll
ha, dah linked dah kat soalan no 1 tadi.
dekat blogroll, pun telah dilinked.



3) Spread to 15 blogger which you think awesome:

(drum rollssssss)


Masmona - http://kesahkaseh.blogspot.com/
Reen - http://reentartnenas.blogspot.com/
Aifa - http://flower-love-ai-fa.blogspot.com/
Nadhira - http://aienadhira.blogspot.com/
Kina - http://our-wedding-journal.blogspot.com/
Nora - http://norapurplebridez.blogspot.com/
Aty - http://vanillapink3113.blogspot.com/
Iedayah - http://dunieyaya.blogspot.com/
Ella - http://ellanordin.blogspot.com/
An - http://dalamhati-adataman.blogspot.com/
Khumeara - http://mid-sayang.blogspot.com/
Fisha - http://natakafisha.blogspot.com/
Mysarah - http://3december2010.blogspot.com/
Inaza - http://rosesndoves.blogspot.com/
Aim - http://themissbridetobe.blogspot.com/
Sya - http://mencapaicintajanuari.blogspot.com/
Elya - http://elmoblogspot.blogspot.com/

waa..tak sedar diri. banyak lak bagi award.
patut bagi kat 15.*gelak*
tapi betul, memang lala nak bagi semua kalau boleh.
sebab semua bride-to-be yang ada kat sini,
buat lala happy.
boleh hilang tensen kalau baca komen korang.
*hugs semua*



4) Tell 7 things about yourself:

1. childish
2. loveable
3. kuat makan
4. supportive
5. little miss spoiled
6. loud (kadang-kadang ja ha)
7. Hasila (just being me)


Saturday, October 9, 2010

King & Queen Tshirt dari Q&A dah dapat.


dengan segala hormatnya,

dipersembahkan.....

(drum rolls)


baju King & Queen telah selamat sampai!

*lala lompat sampai pusing-pusing*




sampai gambar pun dah berpusing.

dari Q & A
http://itstimeforqanda.blogspot.com/


ada sehelahi kertas yang Qistin explain tentang kekurangan Tshirt ni.
tapi ok. lala dan en shahril ok aja.
malahan, en shahril dah excited sangat.
dapat surprise ni.
dan, dan.
nak rasmi masa honeymoon nanti.
oh,yah.
Qistin siap bagi coupon 10rm sebagai ganti rugi.
hm, tak sabar nak beli baju kat Q & A lagi.
Qistin such a great person.


Sunday, August 1, 2010

Lenovo Thinkpad X100e (surprise!!)


sabtu lepas, balik ipoh.
bukan untuk buat persiapan
tapi pergi kenduri kawan sepejabat!


balik kl ja, terus pegi Plaza Lowyat
untuk beli surprise untuk en shahril.
oyyes!
memang sepatutnya surprise (hadiah birthday bersekali dengan hantaran)
tapi dah tak surprise sebab cik lala tak berani nak beli netbook sendiri
jadi, bagitahu ja en shahril nak hadiahkan dia netbook!
melompat lebih tinggi lah dia.


en shahril ialah makhluk yang sangat leceh mencari barang.
masa cari tv untuk cik lala dulu, berhari-hari dan berjam-jam.
tapi this time, dalam masa 3 jam saja pusing kat Plaza Lowyat itu.





ihsan: uncle google


merah seksi untuk en shahril.

spec lenovo thinkpad ni (copy paste baek punyer dari lenovo)

X100e key features
  • Sub-3 lbs. starting weight
  • ProcessorAMD Athlon Neo Single-Core MV-40 (1.6GHz, 800MHz, 512KB L2)
  • Operating systemGenuine Windows 7 Home Premium 32
  • Colors AvailableMidnight Black - Smooth 11.6" HD AG, AMD Athlon with Low Light Enhanced Webcam
  • System graphicsAMD M780G with ATI Radeon HD 3200 graphics
  • Total memory1 GB PC2-5300 DDR2 SDRAM 667MHz SODIMM Memory (1 DIMM)
  • Hard Drive160 GB Hard Disk Drive, 5400rpm
  • Battery6 cell Li-Ion Battery 2.6 Ah
  • Integrated WiFi wireless LAN adaptersThinkPad bgn Wireless
  • Integrated mobile broadbandIntegrated Mobile Broadband - Upgradable
  • Small footprint
  • Roomy 11.6" HD display
  • Available in Midnight Black and Heatwave Red in smooth finishes (Arctic White not available in the US)
  • ISO full-sized, spill-resistant keyboard
  • TrackPoint® and multitouch touchpad
  • Powerful AMD processor
  • Low-light-sensitive Web camera
  • Multiple connectivity options
  • ThinkVantage® Technologies
  • Corporate OS support
  • Robust warranty options
  • 3 USB ports (1 powered), 4-in-1 media card reader and HD audio
  • Affordable pricing
  • (lari jugak budget tapi anything for my hubby)

jadi, surprise!!!
this week bagi en shahril bermanja-manja dengan netbook baru dia,
nanti cik lala rampas balik netbook ni,
untuk diletakkan dalam dulang hantaran.


p/s: Bertunang Day lagi 6 hari. masih mengalami mimpi buruk!

p/s lagi: gambar cik lala dan pengantin (puan harna)


*boleh bayangkan cik lala membeli netbook
kat plaza lowyat dengan kebaya sekarang*


Follow me, i'll follow back!