BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Heartbeat (Lebih Awesome dari Nuffnang??)

Pages

Showing posts with label MRBAR Photoworks. Show all posts
Showing posts with label MRBAR Photoworks. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Review : Majlis Persandingan Ipoh (the bad) dengan beberapa gambar

Amaran: entry mungkin agak panjang dan bosan, tapi sangat terperinci mengenai kekurangan Majlis kami di Ipoh yang diharap B2B dapat alert. cerita tentang the bad dulu, konon ini ex-bride nak kasi nasihat kat bridetobe yang lain.ewah!

Jom Baca!

Credit Pictures by : MRBAR PhotoWorks

Majlis Persandingan Di Ipoh,
tidak lah berjalan se'smooth' yang kami semua rancang. *senyum*
tapi bila tengok balik gambar, indah juga. asyik senyum ja kot.

mula-mula terpaksa mengaku yang lala memang orang yang last minute person.
jadi, memang padan muka bila mengharap masa-masa akhir untuk buat semua.
tapi alhamdullillah, bersyukur sangat bila kakak-kakak lala sangat-sangat membantu lala.

so, kite review satu-satu.

CATERING
sepatutnya selepas solat jumaat, meja kerusi kena susun di Dewan ILP, bersekali dengan Butik yang akan buat pelamin. tidak seperti dirancang, meja kerusi tak dapat nak hantar lagi. petang datang dewan, stil dewan kosong. yang ada, hanya pelamin.

malam, selepas makan malam dengan family Shahril semua dekat rumah, lala gigih jugak ajak kakma (kakak lala) teman tengok dewan, sama ada dah susun meja kerusi belum. sebab lala nak letak centerpieces lala atas meja tu, nak setup guestbook table lagi, nak tanya pasal lagu untuk PA System lagi.

call catering, dorang kata dorang on the way. malas nak tunggu dah, dengan nak tambah inai lagi, dengan banyak lagi benda nak kena buat, lala balik. balik dengan kepercayaan meja kerusi akan disusun.
letak kepercayaan pada kakma untuk buat semuanya. walaupun hati sikit pun tak sedap hati.

jam 1 pagi. diulang jam 1 pagi, catering call. tanya kat mana nak letak khemah luar. bayangkan perasaan lala. maknanya, centerpieces entah ke mana. guestbook entah ke mana. kemudian catering call lagi, kat mane nak letak meja kek. hmm. lepastu? bayangkan tidur lala macam maner malam tu? macam tak tido. nak fikir berdebar nak jadi isteri En Shahril pun tak sempat.

Bila hari kejadian, banyak benda buat lala kecewa. PA System. nanti lala komen tentang itu.

Lala tak nampak meja guestbook. lala cari-cari centerpieces lala kat meja. sah. memang meja guestbook takder. agaknya kakak lala kot yang agihkan guestbook tu. kesian dia. tapi lega nampak centerpieces. meja kek di tempat yang lala suka.

Lala dapat review tentang Catering ni, makanannya sedap! yang buat lala sangat-sangat senang hati. yang penting, perut tetamu diisi sedap. favorite ialah ayam rempah dengan cicahnya. fuh, lega. family lala memang dah biasa sangat dengan catering. makanannya memang superb! so, kemarahan malas nak panjang-panjang.
so, done!





PA SYSTEM
PA System pun lala amik dekat catering, senang dan mudah. tapi menjadi kesalahan lala bila tak sediakan CD untuk dorang. at the end, lala benci! Cd rosak. Lagu entah hape-hape. Bayangkan lala sedang bersanding, entah lagu sedih mane yang dorang putar. sampai ada yang kata "Siapa yang sedih tu, tak dapat lala?". bila CD rosak, boleh pulak bernyanyi kat situ. lala mintak pengapit lala kata kat PA System tukar lagu pengantin. lala sangat-sangat teringinkan lagu pengantin.

Masih lagu-lagu yang entah hape-hape. orang kata, walau apa jadi, jangan tunjuk di muka. kadang-kadang bila termasam, pengapit jugaklah ingatkan. senyum lala, senyum! sedih tahu!

masa makan beradab pun, lagu sedih. En Shahril dah pedih mata dan gatal sebab contact lens, sampai mata berair. tapi bila ditanya, dia cakap dia nangis sebab lagu sedih. haha *gelak*. oh, advice. pengantin yang nak pakai contact lens, make sure cari yang ada anti-silau eh. mata En Shahril sangat terganggu bila banyak sangat flash camera.

dan akhirnya, untuk menunjukkan betapa lala tak suka PA System tu, masa acara potong kek, lagu Halimah Jongang. benci! this is a WEDDING. Please Respect! En Shahril dah banyak kali buat lala bersabar atas pentas tu.

tapi sekarang, benda tu jadi a funny story to be remembered (kata ex-b2b).*gelak*. jadi lala maafkan aja orang tu! lala cuma nak dorang tahu, hormati lah perkahwinan seseorang, yang sepatutnya menjadi kenangan indah orang. you should really know how people going to be frustrated to hear that kind of songs in their wedding. you should really know when you decide you played it. i really know that you might read this, but i love my wedding still. don't worry. apa dah jadi, jadi. lala maafkan semua. let's not makes enemies! oyay!
ok, done!





BAJU BERSANDING
Ha, ni pun banyak hal. butik yang lala amik tu, banyak customer pulak pada hari yang sama. ada yang nikah malam jumaat tu. jadi, nak jadi cerita, masa nak fitting baju, Eja kata, amik ja barang semua siap-siap. takot ada yang tertukar. ok, betul jugak. siap volunteer baju nak gosok sendiri.

Here's comes the disaster. Berhati-hati gosok pun tidak berguna. terbakar jugak baju bersanding lala. haha *gelak* . Tak perasan? sebab terbakar dekat bontot. Haha. terkoyak dalam 3cm. terdiam. dan terpaku tengok baju. tapi gagah jalah pakai. tapi memang takder yang perasan. lala pun lupa nak tangkap gambar.

yang baju En Shahril pula, sepatutnya kain samping dan tengkolok warna putih. tapi end up, kami terpaksa pilih warna biru. sebab yang tengkolok putih, dah berkarat. hmm. advice, patotnya fitting aju sekali dengan tengkolok.



MAKE UP
Make up oleh Eja jugak. dari Butik Rozie Bridals kat ipoh. Eja sangat ok melayan. maklum ler, muda lagi. sebaya lala. jadi, sangat lah lala suka buli. make up biasa-biasa ja kot. sebab takder pun kata 'chanteknya lala' haha *gelak*. yang ada orang kata ialah 'canteknya baju dia'.

Lala tahu cukur kening itu HARAM. tapi tanggung jugak lah. itu lah pertama dan last lala sentuh kening. huhu *bersalah*. Eja dah buat kening giler macam takder kening. haha. dah biar. dah lepas. Lala kata nak natural, tapi Eja nak buat barbie. ikotkan jalah.

En Shahril lagi kesian. Eja paksa makeup sikit. entah tone color apa yang Eja pakaikan, tak sesuai dengan En Shahril. kan dah kelabu.

ok,done!




INAI
ini pun nak bagi advice. beli inai, cubalah try dulu eh, berhasil atau tidak. lucky lala, sebab excited cari pokok inai. sebab konon nak inai pekat giler merah. but end up, tak merah langsung inai pokok tu. mungkin getah dah kurang. last, beli jugak lah inai dalam kotak tu. yang ternyata merah menyala!

tapi terkena pada En Shahril pulak. inai dia tak nampak sangat. macam pelik pun ada. haha *gelak* .

ada yang tanya, kenapa tak buat ukiran inai kat tangan. lala pun teringin jugak we! tapi mak lala tak bagi. kata mak, ada unsur hindu. HARAM. puas lah pujuk, kata buat bunga-bunga biasa ja. tapi bila dah mak kata JANGAN. malas nak lawan. dah nak kawen kan. elok dengar kata orang tua-tua.

advice lagi, untuk mendapatkan hasil yang chantek. ada yang kata buh minyak cap katak, ada kata buh teh. tapi lala nak bagi tips lain. sebelum pakai inai, selofen jari anda dengan selofan tape. boleh bayangkan tak?
solefankan keliling jari, ikot garisan dekat hujung jari tu, baru lebih kemas inai tu nanti. =)

ok, done!





PELAMIN
Pelamin lala, lala sangat suka! jadi takder review the bad di sini. haha *gelak*
eh, ada. ada. Dalam bekas merenjis tu, takder isi pun. kakak lala terpaksa isi potpuri yang lala letak dalam bakul flowergirl. air mawar pun takder. jadi, yang merenjis, eksen ja konon ada air. sedih kan. tapi tu ja.

dan bunga pahar pun tak sediakan. and family kami memang lupa terus. teringat masa malam jumaat esok sabtu. bayangkan! malam tu jugak pergi beli bunga pahar yang dah siap dicucuk. nak rebus telur, memang tak sempat lah. last last kami buh coklat ja.

yang lain, lala suka!

ok,done!



DOORGIFTS
ni pun sedih jugak. ramai kawan lala yang datang, kata tak dapat doorgifts!huhu kelamkabut. lala mintak maaf banyak-banyak pada yang tak dapat tu eh! nanti lala review doorgifts semua!

ok, done!




dah sampai sini jalah.
pasni nak review belah Kajang. kumpul gambor dulu.
pastu review benda yang lala suka.
centerpieces, flower girls, kompang, photographers dan banyak lagi!

Follow me, i'll follow back!