BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Heartbeat (Lebih Awesome dari Nuffnang??)

Pages

Showing posts with label HyperTension. Show all posts
Showing posts with label HyperTension. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Baju Flower Girls & Door Gifts, DONE! and what you should learn!


Assalammualaikum and good evening!
tetibe nak update malam-malam.

2 perkara.
yang pertama, baju flower girls settle!
yang kedua, goodies untuk guest settle.


bercerita tentang baju flower girls, 
i've learned something.
1. jangan beli baju budak di saat akhir.
2. jangan beli baju budak time raya cina kalau taknak berebut baju dengan orang cina!
*gelak kuat-kuat*

jadi kelakar kot, biler macam berebut lak dengan cina
masa nak pilih baju.
serius. lala nak beli baju untuk 8 perempuan.
cina tu nak beli untuk her daughter tapi nak amik baju yang ada kat tangan kakak lala.
tapi kami lah berjaya!
*gelak kuat-kuat lagi*

anyway, kalau nak cari baju budak
dari newborn sampai lah boleh jadi flower girls maksu dorang,
korang semua boleh cari dekat Brands Outlet!
lala terjah dekat Ikano Power Centre.
they also got at AEON Bukit Tinggi, Ampang Point, IOI Mall Puchong,
Sunway Piramid, AEON Bukit Indah Johor, Kluang Mall Johor,
AEON Bandaraya Melaka, Dataran Pahlawan Melaka,
East Coast Mall Kuantan dan Queensbay Mall Penang.
price? under 100rm. serius.
oh, lala tak letak gambar baju kanak-kanak ye di sini.
mahu kasi surprise!
even though, 2 of my nieces terpaksa pakai baju laen color
dengan 4 yang laen.
waa!


tentang door gifts pula.
yes, lala learned something about vendors too.
ada 2 vendors yang lala jumpa arini.
1. yang pertama, sangat susah nak deal untuk ambil barang
2. yang kedua, yang sangat2 senang hati.

apa yang lala belajar,
1. bila kita nak appoint vendors, make suke kita tanya mane tempat nak jumpa untuk pick up stuffs. nampak simple, tapi itu akan menyusahkan bila dua-dua pihak agar sukar nak tolerate.

2. no matter how angry you are dengan vendors, jangan tunjuk marah. sama ada dalam email, sms or call. believe, yang setiap masalah akan berjaya disettlekan.

3. simpan maklumat (sms, email) atau sebarang bukti perbualan dengan vendors. let say, kita tak puas hati dengan vendors sama ada how they treats us atau hasil kerja, kita boleh buat aduan di Tribunal Pengguna dengan bukti-bukti yang ada. serius. Tribunal Pengguna adalah tempat yang sesuai.

3. bersyukur dan berharap apa yang kita rancang atau aturkan, adalah yang terbaik, datang dariNYA.

but, anyway and anyhow,
lala puas hati dengan hasil kedua-dua!


jom, intai!
Door Gifts untuk anda!
yang datang di IPOH sahaja ye!
no sneak peek. tunggu ja harinya.
*Senyum*






Monday, January 17, 2011

Nak terbang tinggi!

assalammualaikum & morning, dearies!


leganya dan sukanya hati bila ramai yang dah dapat kad lala.
it would be beautiful if you can come and we can meet each other!


 2 weeks 4 days!
ingatkan lama lagi, tapi bila tukar jadi 18 hari, jadi tak tentu hala!


Guestbook tak repair lagi.
centerpieces entah ke mana.
baju tak siap lagi.
bakul untuk flower girls tak buat lagi.
catering tak finalize lagi.



lala selalu tahan diri untuk rasa stress dalam semua hal.
tapi lagi 18 hari, memang dah terasa lah kot!
cara untuk bagi balik senyum lala, dengan terapi minda,
yang akan bercuti lama selepas kahwin.
31 Januari - 20 Februari!*gelak*
bukan sebab nak pergi New Zealand ke, Korea ke, Phuket ke.
tapi hanya nak cuti yang benar-benar cuti
selepas 6 bulan cuti digunakan untuk persiapan.
 



lala suka ingatkan diri, apa jadi masa Majlis lala nanti,
lala akan jadikan ia satu kenangan terindah kami.
lala akan jadikan tawa senyum semua jadi gambar terindah kami.
lala akan jadikan semua kata orang jadi kisah terindah kami.
lala akan jadikan ia filem terbaik kami.


nak terbang tinggi selepas kahwin!

credit:  stylemepretty

Sunday, January 2, 2011

Checklist!

Checklist as on 3rd January 2011

THE MOST IMPORTANT THINGS!
1) kursus kahwin - done!
2) borang kebenaran kahwin - done!
3) HIV test - done!
4) kadi & saksi - done!

OUTFITS
a) Majlis Pernikahan (the bride) 
Tempat: Masjid
1) dress – done!
2) veil & tudung for nikah - in progress
3) accessories - done!
4) shoes - in progress
5) bunga tangan - in progress

b) Majlis Pernikahan (the groom)
1) baju melayu - done!
2) samping & songkok & butang baju melayu - in progress
3) shoes - in progress

c) Berkahwin Day  (the bride) 
Tempat: Dewan - Ipoh
1) dress - fitting in the middle on January
2) veil, tudung and shoes - in progress
3) accessories - in progress
4) bunga tangan - in progress

d)
Berkahwin Day (the groom)
1) suit / baju melayu - fitting in the middle on January
2) shoes - in progress

e) Bertandang Day (the bride) 
 Tempat: Dewan - Kajang
1) dress - fitting in the middle on January
2) veil, tudung and shoes - fitting in the middle on January
3) accessories - in progress
4) bunga tangan - in progress

f) Bertandang Day (the groom) 
 Tempat: Dewan - Kajang
1) suit / baju melayu -
fitting in the middle on January
2) shoes - in progress
g) Baju untuk Family Lala & Bridemaid
Ipoh - done!

MAKE UP
a) Bernikah Day - done!
b) Bersanding Day - done!
c) Bertandang Day - done!

BOOKING DEWAN & PA SYSTEMS
a) Dewan di Ipoh - done!
b) Dewan di Kajang - done!

HIASAN DEWAN
a) Dewan di Ipoh - in progress
b) Dewan di Kajang - in progress

Wedding Banner
a) Berkahwin Day (ipoh) & (Kajang) - Deposit paid

Wedding Direction
a) Berkahwin Day (ipoh) - Deposit paid 
b) Bertandang Day (Kajang) - 

 
PHOTOGRAPHER
a) Bernikah & Berkahwin Day - Deposit Paid
b) Bertandang DayDeposit Paid


HANTARAN
done!

a) Lala bagi En Shahril
1) Cincin - done!
2) Perfume - done!
3) Jam - done!
4) T-shirt & Tie - done!
5) Gift Set - done!
6) Shoes - done!
7) cake - di saat akhir pun boleh, wee!
8) chocolate - nadia punye tanggungjawab!
9) buku & sejadah - in progress
10) sirih junjung - di saat akhir pun boleh, wee!
11) buah-buahan - di saat akhir pun boleh, wee!

b) Groom's (him to me)
1) Rantai Tangan - done!
2) Perfume - done!

3) Jam - done!
4) Toiletries - done!
5) Tafsir Al-Quran - done!
6) Shoes - done!
7) Handbag & Purse - done!
8) Buah-buahan - di saat akhir pun boleh, wee!
9) Sirih Junjung - di saat akhir pun boleh, wee!


CATERING
a) Ipoh - diserahkan sepenuhnya kepada Pn Haze (my mother)
b) Semenyih - deposit paid!


PELAMIN
a) Berkahwin Day (ipoh) - deposit paid!
b) Bertandang Day (kajang) - deposit paid!

 
GIFTS
a) tetamu Ipoh - deposit paid!
b) tetamu kajang - diuruskan oleh family en shahril
c) VIP Ipoh -
deposit paid!
d) VIP kajang - diuruskan oleh family en shahril
e) Kids Ipoh - deposit paid!
f) Kids kajang - diuruskan oleh family en shahril
g) Tetamu di Guestbook (Ipoh) - in progress

 
BUNGA PAHAR
a) Berkahwin Day (ipoh) - blur!
b) Bertandang Day (kajang) - blur!

 
KAD KAHWIN
a) done! will distribute next week! gila berdebor + malu!

 
BILIK PENGANTIN
a) Hiasan Bilik - Deco sendiri aja
b) Langsir - Sponsor oleh Pn Haze
c) Cat rumah - in progress


MISCELLENOUS
a) Performance - confirm dan disponsor!


HONEYMOON
a) masih difikirkan. mungkin tiada. mungkin bergolek-golek di rumah sahaja. mungkin dalam Malaysia sahaja.
*gelak*

nanti update lagi.

oh, lagi 1 bulan 2 hari!

takper, takper. janji yang pertama itu sudah settle! i dah boleh kahwin, u!!!

Tuesday, December 28, 2010

Buah as Table Centerpieces mengikut tema.


wahai semua perempuan chantek!
sorry sangat kalau Lala asyik cerita pasal centerpieces.


sebab sangat-sangat semangat lah nak cari idea untuk table centerpieces.
yang penting, jimat dan simple.
ternyata terjatuh hati dengan buah-buahan.

Zila (ex-b2b) pun guna epal hijau untuk her table centerpieces.
kalau mengikut survey sendiri, kebanyakan buah-buahan akan jadi chantek
kalau warna buah itu sendiri menyamai warna tema kita, ye dak?

all pictures : credit to uncle google.


merah kuning = peach?




kuning = lemon?




merah = desperate housewives = SEXY = apple?
kata bride-to-be, Marea *senyum*




hijau = limau nipis ke ni?




ungu = terung?


waa..menarik kan?

tapi warna tema lala
Ipoh = Putih & Biru
Kajang = Putih, Black & Gold
nak guna apa?

ish,ish. susah,susah. tukar idea ar!

Monday, December 6, 2010

Senarai Videographer

sedang mencari videographer?


ada beberapa yang menarik hati.
sila lihat-lihat yah!
ada juga beberapa yang lala pernah tanya.
kebanyakannya ok. PR ok. 
kamu , kamu semua pun cuba lah ye tanya.


nak letak portfolio setiap satu, macam susah.
jadi lala letak customer dan contact number mereka.
ok tak?



Elyana & Khairul, Datin Paduka Umie Aida

+603 4105 0843
 walau pun di laman web CST, terpampang tulis
"our starting package only RM3500", korang boleh tanya sendiri.
sebenarnya tak juga. bergantung kepada event.


Jaja & Ikram

hazremi@yahoo.com
+6019 6170129
tak sempat nak tanya package, dah fully booked.
tapi semua tau kan, video Jaja sangat awesome!
 


The Making of Talentime - Yasmin Ahmad

nampak gayanya production ini sangat terkenal. 
maybe juga sangat berharga, ada faham?
any queries, isi form ini



M. Zulfazli 019-2707053
harga ok, package yang diberikan pun berbaloi-baloi.
hasil kerja boleh tahan. bukan calang-calang juga.


Zaila & Zul, Nurunnawal & Firdaus

wira@wiravisuals.com
019 288 4355
video mereka-mereka juga chantek. rasanya Wira sangat popular juga dengan
para-para bakal pengantin kan? hmm, fully booked!


Jabbe @ Zabir - +6012 2795702
jabbeart@yahoo.com
oh, lelaki ini sangat baik. even package dia sangat puas hati 
tapi sangat meruntun jiwa bila tahu dia juga fully booked!
 
Elly & Johan
Rufi Latiff - rufilatiff@gmail.com
+6012 6352815
package en Rufi sangat recommended kata Elly!
tapi memang betul pun. affordable lah bagi lala ni.


dah. pening. nak fikir DIY Berkahwin Day sendiri pulak.




kenapa lah susah nak cari videographer di ipoh?
yang ada chinese, susah lah nak bawak masuk masjid for solemnization.
malah, yang ada pula, fully booked disebabkan masa Hari Raya Cina.
sapa suruh tak survey awal? terima padah lah kau.
atau videographer perlu ditendang dari checklist?
*sedih*


p/s: baca doa akhir dan awal tahun yah, kawan-kawan.

Friday, November 26, 2010

Baju Nikah dah siap tapi malas nak amik


masih ingat keinginan baju nikah begini,
hanya itu ja permintaan Lala


tapi,



semalam petang dapat message berbunyi:
"salam baju dah siap buat manik. dah boleh datang ambil..
butang balut kita tak dapat buat.. harap maaf."


tu sebab malas nak amik.
first time fitting, memang dorang kata tak boleh buat butang balut tu.
maka, lala kata nak jugak. *degil*
pastu, dorang kata akan cuba sedayanya. *sekadar ambil hati kot*
then, petang semalam dapat message gitu.


tidak seperti yang diingini.
baju nikah yang hanya baju kurung moden itu,
yang simple itu, akan nampak lebih simple tahap yang sangat simple.


takper,takper.
taknak stress, anggap aja dugaan orang nak berkahwin.
apa yang kita nak, tak semua dapat.
*senyum cebik*


Thursday, August 19, 2010

How?



Lala suka tulis blog.suka tulis kat dua-dua blog.terutamanya blog Hanya Kisah Kita ini. seronok cerita tentang hal-hal Bertunang Day dan Berkahwin Day. sharing macam-macam benda dengan other B2b. kebanyakannya very friendly, senang nak bercerita juga, dan berkongsi tips-tips dorang yang gempak.


Lala buat blog ni to make sure semuanya settle satu persatu, takut ada yang akan tertinggal. dan satu sebab lagi, untuk en shahril baca. BACA NANTI. after semuanya dah settle. after kami jadi hubby dan wifey. macam Lala tulis kat atas blog Lala tu. and when will he knows? after or before kami jadi hubby and wifey? sama ada suka, atau tak suka. i can't imagine how's his reaction when he's find out.


andaikan dia suka, Lala akan continue tulis. dan paksa dia jadi orang yang paling rajin baca. *senyum sumbing*

andaikan dia tak suka, Lala akan delete blog ni dan tumpu pada yang lagi satu. *senyum tekad*


Blog ini hampir ketahui oleh en shahril. hmm.. hilang mood nak teruskan.


p/s: nak pegi merajuk pada siapa yang buat en shahril tertanya-tanya.

Wednesday, August 18, 2010

setem naik harga.


i got this.


Salam dan selamat sejahtera.

Dimaklumkan bahawa setem berharga 30 sen sudah tidak dikeluarkan oleh pihak Pos Malaysia. Surat yang sebelum ini menggunakan setem 30 sen untuk pengeposan, perlu menggunakan setem berharga 60 sen. Begitu juga bagi kad Selamat Hari Raya dan kad undangan perkahwinan akan menggunakan setem berharga 60 sen untuk tujuan pengeposan.


menarik kan? click sini


dah. nak pegi merajuk balik.



Wednesday, July 28, 2010

pening!



semalam sebelum semalam,
try baju tunang, tapi rasa macam tension.
sebab cik lala nampak gemuk dengan baju tu!
lengan nampak besor
(tau memang lengan cik lala besor)

macam maner nak bagi lengan nampak kecik dengan baju,
dengan kadar segera dan efektif???


please,please,please help!





Follow me, i'll follow back!