BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Heartbeat (Lebih Awesome dari Nuffnang??)

Pages

Showing posts with label Bakal Rumah Kita. Show all posts
Showing posts with label Bakal Rumah Kita. Show all posts

Monday, August 16, 2010

berjalan mensurvey rumah!(entry panjang lah jugak)

hari sabtu lepas,
pergi tengok rumah.
3 buah rumah sempat jenguk-jenguk.


Rumah pertama adalah di
Kota Kemuning.
gambar-gambar seperti di entry cik mysarah ni.
Home Sweet Home
kalau ikutkan kat internet, masih available, bila survey rupanyer dah abis dibooking!
dan pastilah cik mysarah salah seorang puan punyer rumah..!
mengikut kata pakcik cina yang ada kat rumah contoh, ada beberapa projek lagi yang company dorang (Achievers) tengah usahakan.
dan mostly agak convincing jugak. sampai beria-ria lah en shahril bertanya semua bagai.
dan seperti mysarah cakap, memang company ni buat rumah cepat. within one year dah siap satu projek.
cam mane pun, kene KIV jugak rumah kat kawasan situ. sebab nak tengok rumah tapi tak boleh masuk lagi kat kawasan tu.



rumah kedua ialah di
Bandar Sri Sendayan
jauh kan. sebab? office MQA ini dikhabar-khabarkan akan berpindah dekat kawasan Enstek, Sepang.
jadi, kami pun rajin-rajin jugak pergi kat sana.
dan dua-dua sangat jatuh cinta (jatuh cinta sesama sendiri dah lama)
cintakan kawasan Bandar Sri Sendayan ni!
sebab? perumahan yang sangat terancang.
dekat situ ada 4 jenis kawasan perumahan baru.

1. Casarina
2. Atiya
3. Argenia
4. Ivanix

class punyer nama!
tapi kami sempat tengok rumah contoh Casarina dan Atiya saja sebab dah petang. tuan jaga umah pun dah nak balik.
camera tak bawak nak tangkap gambar, tapi dengan keajaiban uncle google dan website iproperty.com, kesemua gambar yang seketul macam yang lala tengok kat rumah contoh tu.


jadi, mari kita lihat!

ini floor plan bagi Atiya.
(click untuk mensurvey jugak)
Atiya (Single Storey Semi-D)





4 Bedrooms, 2 Bathrooms.
living hall yang luas.
dining, study area
siap dengan family and wash area.

tengok. luas kan living hall dia.







this is the study area.
mengancam!
boleh lah lala menulis blog kat sini
*acececeh!*






ni dining hall dia. banyak cermin kat ruang ni
i guest to making more bigger!
and white is look so exclusive.



dekat atiya ni takder gambar bedroom lak.
padahal master bedroom dia tu, sangat menawan ok!
siap rase macam nak golek-golek dengan en shahril,
eh, tak. itu berangan ja.

dan,
harga:
RM 339, 888

tarikh siap:
Disember 2011 (expected)





seterusnya,
Casarina
(Click untuk mensurvey jugak)
Casarina 2 @ Nusari Bayu 2







ini living hall yang buat kami sama-sama jatuh cinta.
satu living hall yang boleh digunakan upacara rasmi.
dan satu lagi (yang cermin lutsinar tu) untuk bergosipping.
siap ada sliding door, dan bila bukak, angin masuk menderu.






ha, ni ada gambar master bedrooms.
aww..sukanyer.
apa yang love,love ialah bathroom nya.
sebab letak cermin.
nanti umah sendiri, nak letak cermin lah kat bathrooms.
bilik ni pun terasa nak golek-golek.







dining room
yang diletakkan aircond yang best.
dan sangat sejuk hati melihat rumah ini.







kawasan dapur yang melelehkan air liur.
sangat adore dengan lampu itu.



rumah Casarina ni yang kami sangat-sangat cinta.
kawasan corner lot yang sangat cantik.

dan,
harga:
RM 135,888

corner lot yang lala jenguk ni:
RM 235,888 (approx.)

tarikh siap:
September 2011 (expected)




seterusnya,
Argenia
(Click untuk mensurvey jugak)

yang ada hanya floor plan.
harga:
RM 159,888






akhirnya,
Ivanix
(Click untuk mensurvey jugak)

yang ada hanya floor plan
harga:
RM 298,888




dari Bandar Sri Sendayan, Seremban tu, kami balik KL sambil mengambil mileage.
ternyata mengikut Lebuhraya Utara Selatan dengan kelajuan 120km/j dengan bukak lampu kete agar speed trap tak dapat tangkap no plet, hampir 70km.
aiyok, ternyata angan-angan untuk golek-golek dengan en shahril musnah.
terlampau jauh pulak.
bayangkan kalau kami duk sana tahun 2011, MQA siap tahun 2016,
duet bertaburan atas jalan raya ja!
waaa..sedih!


penat tengok umah semua,
last-last en shahril kata,
"jom, tengok kat tempat lain"


p/s: terpengaruh dengan show house jugak ni sebab dah renovate dan decorate.

Follow me, i'll follow back!