BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Heartbeat (Lebih Awesome dari Nuffnang??)

Pages

Showing posts with label Kad Berkahwin Day. Show all posts
Showing posts with label Kad Berkahwin Day. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

Review Kad Kahwin yang dah siap dipos


tada!
assalammualaikum & morning, dearies!
semua dah dapat kad kahwin lala kan?
ada yang tak dapat lagi ke eh?


kalau dearies semua dah dapat,
mesti dapat macam gambor kat bawah!





dan disertakan dengan cop mohor, konon!


akhirnya, semua kad dah abis.
tinggal beberapa keping untuk last minute punye delivery by hand kat ipoh!


lagi 11 hari!
siapa datang ipoh?
siapa datang kajang?
*senyum lebar*


Monday, January 17, 2011

Nak terbang tinggi!

assalammualaikum & morning, dearies!


leganya dan sukanya hati bila ramai yang dah dapat kad lala.
it would be beautiful if you can come and we can meet each other!


 2 weeks 4 days!
ingatkan lama lagi, tapi bila tukar jadi 18 hari, jadi tak tentu hala!


Guestbook tak repair lagi.
centerpieces entah ke mana.
baju tak siap lagi.
bakul untuk flower girls tak buat lagi.
catering tak finalize lagi.



lala selalu tahan diri untuk rasa stress dalam semua hal.
tapi lagi 18 hari, memang dah terasa lah kot!
cara untuk bagi balik senyum lala, dengan terapi minda,
yang akan bercuti lama selepas kahwin.
31 Januari - 20 Februari!*gelak*
bukan sebab nak pergi New Zealand ke, Korea ke, Phuket ke.
tapi hanya nak cuti yang benar-benar cuti
selepas 6 bulan cuti digunakan untuk persiapan.
 



lala suka ingatkan diri, apa jadi masa Majlis lala nanti,
lala akan jadikan ia satu kenangan terindah kami.
lala akan jadikan tawa senyum semua jadi gambar terindah kami.
lala akan jadikan semua kata orang jadi kisah terindah kami.
lala akan jadikan ia filem terbaik kami.


nak terbang tinggi selepas kahwin!

credit:  stylemepretty

Thursday, January 13, 2011

Entry Khas Kad Kahwin by Zekryila


Entry khas mengenai Kad Berkahwin Day 
Cik Hasila & En Shahril



budak-budak office dah dapat kad.
yang pos, lala janji esok jugak lala pos!!!!
*Ya Allah, moga dipermudahkan*



Thursday, January 6, 2011

Review : Kad Kahwin Hasila & Shahril

nak tau sapa menang selepas perbalahan membuat kad kahwin?
jawapannya, En Shahril menang besar!
Cik Lala akur letak gambar kat Kad kahwin.
dah nampak kan, ciri-ciri Isteri Mithali?
*senyum*


Setelah Entri ini,
maka terhasil lah Kad Kahwin yang murah dan cantik.






Kad kahwin yang murah dan chomel ini 
adalah hasil deposit masa Karnival Pengantin SACC Mall.
rm0.79 sekeping ja.


nak hard cover, tak mampu.
nak buat guna tangan, tak mampu.
jadi terpaksalah mengukur duit dalam poket sendiri.


untuk semua, lala pos next week.
hari ini ahli office dapat kad kahwin kami dulu.
*malu*

Tuesday, December 28, 2010

Kad Kahwin design sama


amaran : kad kawen ni kawan lala punya.
dua-dua kawan lala punya, kalau korang terkecil hati , ampun maaf diminta ya.
sebab guna kad kawen korang sebagai contoh entry.
*waa...minta ampun siap-siap*


design dari *rasanya korang tau kot*


ha, lala dapat kad dari kawan lala,
yang lala perasan, 'eh, sama lah'
ok lah, hampir sama.


tu yang lala lebih suka customize!
pujuk en shahril pun, susah betul. huhu
kos untuk Kad Berkahwin Day akan dipotong abis-abisan.


actually, kad Berkahwin Day lala dah siap!!
hmm, lala dah cerita dulu, lala taknak gambar sendiri dekat kad,
dan nak lain sikit dari biasa. 


korang tunggu jalah eh, 
kalau nak tau sapa menang.
*gelak*

Tuesday, November 30, 2010

Task terbaru: Menempah Kad Berkahwin Day

amacam? cantik kan ?




wait, wait! ini bukan kad Berkahwin Day lala.
walaupun lala suka sangat kalau kad yang handmade, dan hanya menampilkan satu belah pihak
seperti entri ini
tapi terpaksa lah beralah. 
perlu tunjukkan ciri-ciri isteri solehah. *gelak*
lagipun agak pricey, dan taknaklah bagi tetamu makan ubi kayu semata-mata kad kahwin.
*gelak lagi*


so, sabtu lepas dah pergi pilih design dekat kedai.
kedai yang buat promotion masa Karnival Pengantin di SACC Mall, Shah Alam
en shahril berkenan dan booking terus.
ada jugak kesah ala-ala kene tipu dekat Karnival itu, nanti cite lain kesah itu.


so, nak cite sikit kesah pilih design kad Berkahwin Day kami,
 dan apa yang perlu semasa design kad kahwin.

1. sila hadirkan diri
pergi lah berdua. baru best rasa pengalaman.

2. sila bawa resit booking.
kami main terjah ja kedai. naseb baek pekerja dia ok, dan kami sama-sama cari nama en shahril dekat buku resit. dalam 5,6 buku resit ada.

3. sila fikirkan dan berbincang tentang design  kad kahwin.
takot nanti rambang mata. dan bergaduh-gaduh tentang design.

cik lala: taknak ar letak gambor. malu...
en shahril: ala, letak ar. baru tau muka pengantin.
cik lala: dik, dik pegi layan customer lain dulu, nanti dah discuss kitorang panggil.

4. sila ambil tahu maklumat yang perlu di kad kahwin.
maklumat seperti nama ibu bapa, nama pengantin, nama untuk dihubungi, no telefon untuk dihubungi, tarikh kahwin (tahun biasa dan tahun hijrah), doa, ayat-ayat comey yang anda mahu.

5. sila bawa softcopy map dan gambar (kalau nak letak gambar)
untuk menyenangkan pihak kedai untuk map. begitu juga dengan gambar jika nak letak lah. *senyum* . kalau nak emel pun takper.

cik lala: nanti kami emel ye semua.

6. sila jangan lihat design lain bila dah decide.
takot nak tukar design bila jatuh hati kat design lain.

cik lala: dik, boleh tak nak tukar design?
pekerja: oo, design tadi?
cik lala: ha, design tadi nak cancel. nak yang macam ni.

7. sila bawa kesabaran anda.
ooo..penting ni..! tambah-tambah yang no 3 tu, memang takder dalam list kami.  


akhirnya, kad untuk Berkahwin Day hampir settle.
settle 40% kot. doa, map tak bagi lagi.
tapi syukur sangat sebab pekerja dekat situ ok.
melayan kami yang hua-hua ni.


dan puas hati, bila cik lala dan en shahril 
berjaya mencapai persepakatan.
 kad untuk Berkahwin Day yang turut simple.
wahai semua, pasti akan ada satu untuk anda!
tungguuuuuuuuu.........


Saturday, August 7, 2010

mahu pendapat untuk mempertahankan permintaan


permintaan lala: kad kahwin yang hanya ada jemputan sebelah sahaja,
maksudnya satu kad hanya belah lala.
satu kad lain hanya belah en shahril.
en shahril tak berapa berkenan.

sebab katanya, susah dan kesian kat orang,
kalau kad kahwin yang ada jemputan kedua-dua belah lelaki dan perempuan,
at least guest boleh pilih kenduri maner nak pegi.
jadi, macam maner?
kad satu belah atau dua belah..?


*ni contoh kad kahwin dua belah. satu belah lelaki, belah belakang belah perempuan*





lala suka satu belah sahaja kerana boleh custom made.!

boleh ho!

ni lala amik dari

http://paperthrill.com/

tengok-tengok jap untuk lala eh!
























kad ini cantek sebab tarikh yang dekat kad ni, tarikh Bertunang Day lala!
ha, cantik kan kalau satu belah dan custom-made.!
mane yang bagus eh?
lala dah letak yang cantek ni,
tolong pertahankan permintaan lala jap!!!



Follow me, i'll follow back!