BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Heartbeat (Lebih Awesome dari Nuffnang??)

Pages

Wednesday, February 23, 2011

Review : Majlis Persandingan Ipoh (the bad) dengan beberapa gambar

Amaran: entry mungkin agak panjang dan bosan, tapi sangat terperinci mengenai kekurangan Majlis kami di Ipoh yang diharap B2B dapat alert. cerita tentang the bad dulu, konon ini ex-bride nak kasi nasihat kat bridetobe yang lain.ewah!

Jom Baca!

Credit Pictures by : MRBAR PhotoWorks

Majlis Persandingan Di Ipoh,
tidak lah berjalan se'smooth' yang kami semua rancang. *senyum*
tapi bila tengok balik gambar, indah juga. asyik senyum ja kot.

mula-mula terpaksa mengaku yang lala memang orang yang last minute person.
jadi, memang padan muka bila mengharap masa-masa akhir untuk buat semua.
tapi alhamdullillah, bersyukur sangat bila kakak-kakak lala sangat-sangat membantu lala.

so, kite review satu-satu.

CATERING
sepatutnya selepas solat jumaat, meja kerusi kena susun di Dewan ILP, bersekali dengan Butik yang akan buat pelamin. tidak seperti dirancang, meja kerusi tak dapat nak hantar lagi. petang datang dewan, stil dewan kosong. yang ada, hanya pelamin.

malam, selepas makan malam dengan family Shahril semua dekat rumah, lala gigih jugak ajak kakma (kakak lala) teman tengok dewan, sama ada dah susun meja kerusi belum. sebab lala nak letak centerpieces lala atas meja tu, nak setup guestbook table lagi, nak tanya pasal lagu untuk PA System lagi.

call catering, dorang kata dorang on the way. malas nak tunggu dah, dengan nak tambah inai lagi, dengan banyak lagi benda nak kena buat, lala balik. balik dengan kepercayaan meja kerusi akan disusun.
letak kepercayaan pada kakma untuk buat semuanya. walaupun hati sikit pun tak sedap hati.

jam 1 pagi. diulang jam 1 pagi, catering call. tanya kat mana nak letak khemah luar. bayangkan perasaan lala. maknanya, centerpieces entah ke mana. guestbook entah ke mana. kemudian catering call lagi, kat mane nak letak meja kek. hmm. lepastu? bayangkan tidur lala macam maner malam tu? macam tak tido. nak fikir berdebar nak jadi isteri En Shahril pun tak sempat.

Bila hari kejadian, banyak benda buat lala kecewa. PA System. nanti lala komen tentang itu.

Lala tak nampak meja guestbook. lala cari-cari centerpieces lala kat meja. sah. memang meja guestbook takder. agaknya kakak lala kot yang agihkan guestbook tu. kesian dia. tapi lega nampak centerpieces. meja kek di tempat yang lala suka.

Lala dapat review tentang Catering ni, makanannya sedap! yang buat lala sangat-sangat senang hati. yang penting, perut tetamu diisi sedap. favorite ialah ayam rempah dengan cicahnya. fuh, lega. family lala memang dah biasa sangat dengan catering. makanannya memang superb! so, kemarahan malas nak panjang-panjang.
so, done!





PA SYSTEM
PA System pun lala amik dekat catering, senang dan mudah. tapi menjadi kesalahan lala bila tak sediakan CD untuk dorang. at the end, lala benci! Cd rosak. Lagu entah hape-hape. Bayangkan lala sedang bersanding, entah lagu sedih mane yang dorang putar. sampai ada yang kata "Siapa yang sedih tu, tak dapat lala?". bila CD rosak, boleh pulak bernyanyi kat situ. lala mintak pengapit lala kata kat PA System tukar lagu pengantin. lala sangat-sangat teringinkan lagu pengantin.

Masih lagu-lagu yang entah hape-hape. orang kata, walau apa jadi, jangan tunjuk di muka. kadang-kadang bila termasam, pengapit jugaklah ingatkan. senyum lala, senyum! sedih tahu!

masa makan beradab pun, lagu sedih. En Shahril dah pedih mata dan gatal sebab contact lens, sampai mata berair. tapi bila ditanya, dia cakap dia nangis sebab lagu sedih. haha *gelak*. oh, advice. pengantin yang nak pakai contact lens, make sure cari yang ada anti-silau eh. mata En Shahril sangat terganggu bila banyak sangat flash camera.

dan akhirnya, untuk menunjukkan betapa lala tak suka PA System tu, masa acara potong kek, lagu Halimah Jongang. benci! this is a WEDDING. Please Respect! En Shahril dah banyak kali buat lala bersabar atas pentas tu.

tapi sekarang, benda tu jadi a funny story to be remembered (kata ex-b2b).*gelak*. jadi lala maafkan aja orang tu! lala cuma nak dorang tahu, hormati lah perkahwinan seseorang, yang sepatutnya menjadi kenangan indah orang. you should really know how people going to be frustrated to hear that kind of songs in their wedding. you should really know when you decide you played it. i really know that you might read this, but i love my wedding still. don't worry. apa dah jadi, jadi. lala maafkan semua. let's not makes enemies! oyay!
ok, done!





BAJU BERSANDING
Ha, ni pun banyak hal. butik yang lala amik tu, banyak customer pulak pada hari yang sama. ada yang nikah malam jumaat tu. jadi, nak jadi cerita, masa nak fitting baju, Eja kata, amik ja barang semua siap-siap. takot ada yang tertukar. ok, betul jugak. siap volunteer baju nak gosok sendiri.

Here's comes the disaster. Berhati-hati gosok pun tidak berguna. terbakar jugak baju bersanding lala. haha *gelak* . Tak perasan? sebab terbakar dekat bontot. Haha. terkoyak dalam 3cm. terdiam. dan terpaku tengok baju. tapi gagah jalah pakai. tapi memang takder yang perasan. lala pun lupa nak tangkap gambar.

yang baju En Shahril pula, sepatutnya kain samping dan tengkolok warna putih. tapi end up, kami terpaksa pilih warna biru. sebab yang tengkolok putih, dah berkarat. hmm. advice, patotnya fitting aju sekali dengan tengkolok.



MAKE UP
Make up oleh Eja jugak. dari Butik Rozie Bridals kat ipoh. Eja sangat ok melayan. maklum ler, muda lagi. sebaya lala. jadi, sangat lah lala suka buli. make up biasa-biasa ja kot. sebab takder pun kata 'chanteknya lala' haha *gelak*. yang ada orang kata ialah 'canteknya baju dia'.

Lala tahu cukur kening itu HARAM. tapi tanggung jugak lah. itu lah pertama dan last lala sentuh kening. huhu *bersalah*. Eja dah buat kening giler macam takder kening. haha. dah biar. dah lepas. Lala kata nak natural, tapi Eja nak buat barbie. ikotkan jalah.

En Shahril lagi kesian. Eja paksa makeup sikit. entah tone color apa yang Eja pakaikan, tak sesuai dengan En Shahril. kan dah kelabu.

ok,done!




INAI
ini pun nak bagi advice. beli inai, cubalah try dulu eh, berhasil atau tidak. lucky lala, sebab excited cari pokok inai. sebab konon nak inai pekat giler merah. but end up, tak merah langsung inai pokok tu. mungkin getah dah kurang. last, beli jugak lah inai dalam kotak tu. yang ternyata merah menyala!

tapi terkena pada En Shahril pulak. inai dia tak nampak sangat. macam pelik pun ada. haha *gelak* .

ada yang tanya, kenapa tak buat ukiran inai kat tangan. lala pun teringin jugak we! tapi mak lala tak bagi. kata mak, ada unsur hindu. HARAM. puas lah pujuk, kata buat bunga-bunga biasa ja. tapi bila dah mak kata JANGAN. malas nak lawan. dah nak kawen kan. elok dengar kata orang tua-tua.

advice lagi, untuk mendapatkan hasil yang chantek. ada yang kata buh minyak cap katak, ada kata buh teh. tapi lala nak bagi tips lain. sebelum pakai inai, selofen jari anda dengan selofan tape. boleh bayangkan tak?
solefankan keliling jari, ikot garisan dekat hujung jari tu, baru lebih kemas inai tu nanti. =)

ok, done!





PELAMIN
Pelamin lala, lala sangat suka! jadi takder review the bad di sini. haha *gelak*
eh, ada. ada. Dalam bekas merenjis tu, takder isi pun. kakak lala terpaksa isi potpuri yang lala letak dalam bakul flowergirl. air mawar pun takder. jadi, yang merenjis, eksen ja konon ada air. sedih kan. tapi tu ja.

dan bunga pahar pun tak sediakan. and family kami memang lupa terus. teringat masa malam jumaat esok sabtu. bayangkan! malam tu jugak pergi beli bunga pahar yang dah siap dicucuk. nak rebus telur, memang tak sempat lah. last last kami buh coklat ja.

yang lain, lala suka!

ok,done!



DOORGIFTS
ni pun sedih jugak. ramai kawan lala yang datang, kata tak dapat doorgifts!huhu kelamkabut. lala mintak maaf banyak-banyak pada yang tak dapat tu eh! nanti lala review doorgifts semua!

ok, done!




dah sampai sini jalah.
pasni nak review belah Kajang. kumpul gambor dulu.
pastu review benda yang lala suka.
centerpieces, flower girls, kompang, photographers dan banyak lagi!

34 comments:

puteriraifana said...

kamon2 update lagi lala. berguna sekali pesanan pesanan ini. suka2.. (~_^)..lala chumel lah!!

tqahmisdar said...

lala.. salah satu petua nak bg inai pokok nampak merah, tambah air asam jawa + arang sket..
dah pernah buat.. merah yg cantik n tahan lama.. =)

Byzura Mj (By) said...

kat mana u dapat tanglong tu?? please bgtau :d. Cantik sangat. dah lama cari.. huhuhu

Elya Roza said...

tape lala..ade hikmah setiap ape yg terjadi kan...:)

Ajwedding said...

yup..ade hikmah..bila dah settle semua..komfom happy kan..kan..nk tgk picca pelamin full..cntik la

Rilla said...

Rilla pernah pergi satu wedding ni, adeke patu DJ tu pasang lagu 'Madu Tiga'? =.= Tapi biasalahkan? Setiap majlis mesti ada kekurangan dia. Yang penting kita ikhlas dan majlis berkat.

Anonymous said...

Seriyes baca tp tang potong kek lagu halimah jongang tu tergelak plk. tak alert langsung dorang kan. nak psg lagu pon agak2 la.. adeh..

lovelyadibah said...

adoihai..sabo jela..mmg bad side abis..huu~..seram!

{ Miss Syahira } said...

assalamualaikum lala.

nak gugur jantung baca review kamu ni. saya selalu remind member-member untuk senyum in what ever situations. tapi tak pernah tau apa isi hati mereka. ni 1st time saya betul-betul selami apa yang pernah kawan-kawan saya rasa. thanks lala. sila beri tunjuk ajar ye.

dyll basri said...

lala... very good tips for us!!! please ome out with another dos' & donts... but finally, everything went well kan lala... tak nampak pun cela dalam gambar utk ditunjuk pada anak cucu nanti...

tapi kesah Halimah Jongang tu i pasti akan jadi cerita turun temurun ke anak cucu... wat a cute history to spread kan...

p/s: lala, minyak cap katak nak cari kat mana? hikhik...

Lyana MK said...

lala.....btul pe dyll ckp...minyak cap katak tuk minyak ape...i dah terase geli2 je niee sebab ade minyak cap katak...omg!! i geli katak!!

takperlah...mmg ade kekurangan setiap majlis...i sendiri risau tuk majlis sendiri...tp i tau....u ade majlis yg cukup cantik n indah kan...sikit2 tuh biase lah dear..!!! yg penting dah kawen!!! hoyeh!!

choclairissa@intan marliana said...

lala~ i paham sgt perasaan u..even wedding i pun ada cacat cela..xsempat nk karang panjang2 lg mcm u punye for the purpose of future b2be..tapi kalao fotographer pandai amik moments..xnampak pun cacat cela kn?

sometimes pompuan ni perfectionist..i pun mmg cmtu..tapi kdg perangai caterer/mak andam or bende remeh temeh ni la wat kite jd stress n xde mood..

anyway congrats!!

~The One Who's Hate To Go~ said...

hohoo..xpe lala. janji dah dapat en,shahri.. 'mane laki i..?' heehee...smg bahagia berpanjangan~

Aty Fared said...

susah nak handle e'things biler kite dah jadi pengantin... nak harap 100% berjalan lancar bukan sesuatu yang mudah... tak per lar..yang pentig..semuanye dah selamat... dah sah jadi suami isteri kan... yang lain2 tu.. biarkan jer jadi kenangan... anyway.. u look gojes..:)

Xora said...

salam lala.. fiuuuh baca entry ni smp habis pasal tak berkesempatan tgk lala bersanding *sedih. tapi respek sama Lala, saya pun faham sgt perasaan Lala bila org PA buat hal. saya punye majlis pun cam tu. pasal saya saiko, on the spot saya minta abang saya bagitau dj tu, cuma putar lagu yg saya beri, tak kisah berapa kali ulang. DJ mmg ada tendency syok sendiri.. takpe lala, yg penting, saya suka pasal kamu pengantin (mantan pengantin) yg amat profesional dan menjadi contoh yg baik pada bakal pengantin yg lain. apa2 perkara terjadi skali pun, senyum dan redah aje :D congratz Lala. sgt bangga dengan pembawakan diri kamu :)

fitria said...

lala... saye takut minyak cap katak tu.. ape gunenye??? cam geli plak terbayang katak... :P

xpe lala.. sabar ye. yg pntg semuanya dah selamat.. and tq for the review.. boleh dijadikan pengajaran... :)

"cikkin" said...

hmm..ramai betul yg ade masalah dgn org PA system kan..time wedding cousin aritu pon diorg syok sdiri..da kene sound pon x reti2 nak tuka lagu..dok main jugak lg2 rock kapak..padahal theme wedding tu..ala2 english wedding..hmm..make sure kene ade yg pantau diorg lepas ni..

sabar ye lala..yang penting sume da selamat kan..lala tetap cute n maintain senyum..kagum dgn kamu..=)

thanks for the advise Mrs shahril..=)

LisaLisut said...

its ok Lala.yg penting u dh selamat jadi isteri ur husband!!! hehe

tips u sgt berguna k.cuak lak i sbb i jenis malas punye org ;p

i personally think inai takde ukir just plain inai mcm u buat lg lawa dan kemas hehe :)

pelamin u cantik! woooohoo!

Cik NeyNa said...

WHAT???
HALIMAH JONGANG???!!!!
nasib bek lah lala nih penyabar..
kalau me rasanya dah lama owner PA tu kena smackdown ngan sayerrr...
adeihhhhh...
tapi suka plamin lala yang ada lantern tabur-tabur tu..nak tiru bleh?hehehe

Shakina Farhan said...

yeay..byk gmbr..nak lg gmbr..hehe..suke la gmbr lala pusing cmtu..mcm fairytale..hehe..

eyanne said...

biasala tu..msti ada yg terkurang..pengantin xleh nk handle sma huuhu

Renee Meow said...

luckily all went well dear.. cian u, mesti panas je time tu kan.. anyways, u chantek la..cute sgt2.. pelamin pon chantekkkkkk...! :D

meow~
http://reneemeowwedding.blogspot.com

~ mizzAmy ~ said...

lala buat full review kat one entry.. fuhh.... jenuh membaca tapi tak per lah lala. janji dah selamat kan. rasanya, semua org mengalami kekurangan. ;)

ctzurai said...

cantiknye lala~~^_^

Lala said...

puteri, tqah, elya, an, rilla, kasut pink, adibah, choclairissa, kak akma, aty, xora, cikkin, lisa, kina, eyanne, renee, amy, ctzurai : thanks dearies! arap dapat share cite lah. maner2 boleh amik pengajaran, amik. hehe

byzura & Cik neyna: lantern tu beli kat petaling street, rasenya byk b2b beli kat kedai tu. murah!hehe

kalau dpt dea, dr situ, sila.sila. jangan segan guna kreatifan anda!hehe

ciksyahira: bila majlis, sangat2 kecewa, tapi bila cerita, serius lala tergelak2 jugak.hehe tak boleh dngr iklan halimah jongang kat tv, mesti nak gelak besor!

dyll, lyana , fitria: hehehe salah taip. bukan minyak cap katak. tapi minyak cap kapak.hehe

SUHAIDA said...

lala cantik sgt mase kat LLm..aduss tibe2 rase berdebar nak tunggu majlis..su nanti tak tau la sape yg nak tolong..huhu..adik2 perempuan kecik lg.adik lelaki pulak pi latihan polis..risaunyer..

Lala said...

hehehe thanks sue! kalau lala chantek, mesti sue chantek gak! sbb muka kita kan nk dekat sama!hehehehe

good luck tau! happy preparing! jangan risau, semuanya akan jadi kenangan indah!

Syima Syaz said...

tips yang baik dari Lala... tapi yelah kalau ada kekurangan tu kadang2 benda tu yang jadi kenangan sampai bila2 kan... chill Lala...=)

nur aishah bte abd hadi said...

bola bola bulat tu apa nama ny erk..hee..kamo beli then mcmana erk nk hiasnya..meant nk letak kt mana cantik..theme org tiffany blue lebih kurg cam lala punya :)

Lala said...

hai syima! ha, jadi kenangan seumur hidup!hehee

aishah! bola-bola bulat tu namanya lantern. senang ja. bila kita beli tu, memang dah siap ada besi utk jadikan dia bulat tu. maka, kite pasangkan besi, then campak ja lah!hehe siap!
lala letak random ja dekat pelamin tu.

Nadya Zahid said...

Lala, mmg stiap majlis xde yg perfect lala..yg penting smuanye dah selesai n u happy...
i pon byk bace review mantan pengantin and i dah tanam kan dalam kepala, on my WEE day tu...ape pon..just relax n senyum je wlupon dalam hati rase nak menjerit kan?
huhuhuh..doakan untuk nadya eh..berdebarrrrrr...wink!

Lala said...

hai nadya!! ha, bagus2. memang kene tanam dari awal, that u will loves your wedding nanti! jangan risau, semuanya akan berjalan lancar dear! yang penting, RAJIN!hehe dan sentiasa mengupdate progress wed-day tu!

OmmaHussein said...

cik lala..nak tanya butik rozie bridal ni kat mana ek?cantikla ur pelamin..ske...n kat mana lala beli lantern tu, da jenuh cari..huhuh..

Fay.D said...

thanks for the sharing lala.. tapi tak per. yang penting sume nyer selamat.. tpi.. kalu dah kene btg hidung sendiri tak tahu la kta apa..

Follow me, i'll follow back!