BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Heartbeat (Lebih Awesome dari Nuffnang??)

Pages

Showing posts with label Cik Lala. Show all posts
Showing posts with label Cik Lala. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Hanya 5!

 Assalammualaikum and morning, to all dearies!

tetiba rajin pulak nak jawab soalan taq ni. heee!
lala telah ditag oleh Mizzunderstood! b2b dari johor!
memang mudah bila ada banner b2b tu, senang nak tau kenduri b2b kat maner!hehe *gelak*

berdebar tak nak tau siapa lak kene jawab soalan-soalan ni. siap ar korang!haha

so, here it goes!

5 Nama Samaran

  1. Hasila
  2. Lala
  3. Maksu
  4. Adik
  5. Sayang/Comot
5 Tarikh Penting
  1. 8 Ogos - Tarikh birthday sendiri
  2. 23 Julai - Tarikh birthday my hubby(dah jadi top 2 penting sekarang) haha *gelak*
  3. 5 February - Tarikh Berkahwin Day
  4. Semua tarikh Birthday Family sendiri & Family Mertua!
  5. 4 November - Bakal menjadi tarikh penting (our baby) *InsyaAllah*
 5 Perkara Saya Buat Semalam
  1. Pegi keje dan balik keje
  2. Main "teka model kereta apa" dengan hubby di tengah-tengah jam. hubby menang besar! lori pun dia tau model apa!
  3. Malam jumaat buat apa?? kami tengok movie kat rumah. The Karate Kid. baru nak tengok! Hubby tewas sebab tertidur masa part Jackie Chan sedih imbau kisah lama.
  4. Basuh kain, sidai kain. (masa ni, hubby masih tidur walaupun movie dah habis!)
  5. Peluk my favorite teddy bear, my hubby!
5 Perkara Buat Saya Heppi
  1. Be with my hubby
  2. Makan dengan banyak
  3. Tidur dengan lena
  4. Kasut
  5. Blogging
5 Sebab Jawap Soklan
  1. Panaskan badan sebelum buat kerja!
  2. Cerdaskan minda!
  3. Tersenyum bila kenang hal semalam!
  4. Suka!
  5. Hobi!
5 Orang Yang Saye Nak Tag

     1Masmona - KesahKaseh
     2.  Lala - Lala Latif (nama kami sama!)
     3.  Cikkin - Cikkin's Diary
     4.  Sue - Asam Garam Gula ( kembar lala!)
     5.  Siapa Rajin nak buat!



Tuesday, March 22, 2011

B2b / ex-B2b dari Perak?

siapa b2b atau ex-b2b dari Perak angkat tangan!!!

ada banner khas untuk anda!
direka chantek oleh Eija.



sekadar suka-suka katanya,
jadi, marilah kita tampal dekat sidebar blog masing-masing!

yang b2b/exb2b selangor, pahang, johor, melaka
dan negeri-negeri lain, bila lagi?
cewah!

Wordless Wednesday No.6



Wednesday, March 16, 2011

Heartbeat (Duit melalui Blog)


Dak Dik Duk!
nama pun heartbeat.
korang pernah dengar tak?
actually, heartbeat ni Online Personalized Gift Store.

macam-macam barang yang kite boleh personalized
untuk dijadikan gift pada orang-orang tersayang!
ada mug, t-shirt, cushion, puzzle.
ish, macam-macam lah!

dan, yang paling menarik,
Heartbeat ni jugak,
akan beri DUIT macam Nuffnang!

ha, korang mesti suka kan kalau dapat duit!
boleh buat duit kawen!
lala boleh buat duit baby!
haha *gelak*

nak tau caranya?
just klik banner heartbeat ni,




dan follow semua instruction seperti di bawah!

klik heartbeat.my




 Create Account






isi semua, dan continue




Klik Join HB!Affiliate






Klik Online Application





 kemudian, isi ja semua di bawah ni,





isi ni pulak, Preferred Payment Information,
dan klik continue,



 kemudian, Get A Code





 pilih lah macam maner rupe iklan heartbeat yang korang nak,





pastu, bile nak tengok duit korang, klik My HB!Affiliate ni ja,


credit pictures to Cik Epal!

mudah, beb!
cuba lah!
mesti korang terpegun bila sedar yang duit yang kite terima dari heartbeat ni, cepat ja bertambah. dan korang pun jangan risau, sebab status Glitterati Nuffnang tidak mengganggu pun!

ha, ape tunggu lagi,
klik banner heartbeat yang atas sekali tu k,
dan ikot aja instruction seterusnya!

yeehaa!
selamat mencuba!

Tuesday, March 15, 2011

Pregnant? kena sebar atau tidak?

pasti kita bersyukur yang amat sangat jika kita
bakal dikurniakan baby kan?

persoalannya perlu atau tidak berita baik ini
disebarkan.

ada yang kata, jangan sebar lagi (terutama di Facebook)
sampai baby betul-betul kuat dalam perut.
sampainya hati tak share berita gembira macam ni.
sampainya hati biarkan kewujudan baby dirahsiakan.
bukan orang lain, boleh doakan kesejahteraan baby kita?
atau kita takut untuk hadapi pertanyaan
sekiranya baby itu ditakdirkan lebih disayangi oleh ALLAH S.W.T.

bagi lala,
kongsilah.

seronok tahu, bila orang lain mendoakan.
hal selepasnya atau masa akan datang,
kita berserah pada Yang Maha Berkuasa.

sekarang, kita perlu sentiasa doakan
agar baby sihat walafiat dalam perut.
dan haruslah jaga diri jugak!


Berkongsi Nyawa.
boleh korang tolong doakan?
*senyum lebar-lebar*

Wednesday, February 23, 2011

Review : Majlis Persandingan Ipoh (the bad) dengan beberapa gambar

Amaran: entry mungkin agak panjang dan bosan, tapi sangat terperinci mengenai kekurangan Majlis kami di Ipoh yang diharap B2B dapat alert. cerita tentang the bad dulu, konon ini ex-bride nak kasi nasihat kat bridetobe yang lain.ewah!

Jom Baca!

Credit Pictures by : MRBAR PhotoWorks

Majlis Persandingan Di Ipoh,
tidak lah berjalan se'smooth' yang kami semua rancang. *senyum*
tapi bila tengok balik gambar, indah juga. asyik senyum ja kot.

mula-mula terpaksa mengaku yang lala memang orang yang last minute person.
jadi, memang padan muka bila mengharap masa-masa akhir untuk buat semua.
tapi alhamdullillah, bersyukur sangat bila kakak-kakak lala sangat-sangat membantu lala.

so, kite review satu-satu.

CATERING
sepatutnya selepas solat jumaat, meja kerusi kena susun di Dewan ILP, bersekali dengan Butik yang akan buat pelamin. tidak seperti dirancang, meja kerusi tak dapat nak hantar lagi. petang datang dewan, stil dewan kosong. yang ada, hanya pelamin.

malam, selepas makan malam dengan family Shahril semua dekat rumah, lala gigih jugak ajak kakma (kakak lala) teman tengok dewan, sama ada dah susun meja kerusi belum. sebab lala nak letak centerpieces lala atas meja tu, nak setup guestbook table lagi, nak tanya pasal lagu untuk PA System lagi.

call catering, dorang kata dorang on the way. malas nak tunggu dah, dengan nak tambah inai lagi, dengan banyak lagi benda nak kena buat, lala balik. balik dengan kepercayaan meja kerusi akan disusun.
letak kepercayaan pada kakma untuk buat semuanya. walaupun hati sikit pun tak sedap hati.

jam 1 pagi. diulang jam 1 pagi, catering call. tanya kat mana nak letak khemah luar. bayangkan perasaan lala. maknanya, centerpieces entah ke mana. guestbook entah ke mana. kemudian catering call lagi, kat mane nak letak meja kek. hmm. lepastu? bayangkan tidur lala macam maner malam tu? macam tak tido. nak fikir berdebar nak jadi isteri En Shahril pun tak sempat.

Bila hari kejadian, banyak benda buat lala kecewa. PA System. nanti lala komen tentang itu.

Lala tak nampak meja guestbook. lala cari-cari centerpieces lala kat meja. sah. memang meja guestbook takder. agaknya kakak lala kot yang agihkan guestbook tu. kesian dia. tapi lega nampak centerpieces. meja kek di tempat yang lala suka.

Lala dapat review tentang Catering ni, makanannya sedap! yang buat lala sangat-sangat senang hati. yang penting, perut tetamu diisi sedap. favorite ialah ayam rempah dengan cicahnya. fuh, lega. family lala memang dah biasa sangat dengan catering. makanannya memang superb! so, kemarahan malas nak panjang-panjang.
so, done!





PA SYSTEM
PA System pun lala amik dekat catering, senang dan mudah. tapi menjadi kesalahan lala bila tak sediakan CD untuk dorang. at the end, lala benci! Cd rosak. Lagu entah hape-hape. Bayangkan lala sedang bersanding, entah lagu sedih mane yang dorang putar. sampai ada yang kata "Siapa yang sedih tu, tak dapat lala?". bila CD rosak, boleh pulak bernyanyi kat situ. lala mintak pengapit lala kata kat PA System tukar lagu pengantin. lala sangat-sangat teringinkan lagu pengantin.

Masih lagu-lagu yang entah hape-hape. orang kata, walau apa jadi, jangan tunjuk di muka. kadang-kadang bila termasam, pengapit jugaklah ingatkan. senyum lala, senyum! sedih tahu!

masa makan beradab pun, lagu sedih. En Shahril dah pedih mata dan gatal sebab contact lens, sampai mata berair. tapi bila ditanya, dia cakap dia nangis sebab lagu sedih. haha *gelak*. oh, advice. pengantin yang nak pakai contact lens, make sure cari yang ada anti-silau eh. mata En Shahril sangat terganggu bila banyak sangat flash camera.

dan akhirnya, untuk menunjukkan betapa lala tak suka PA System tu, masa acara potong kek, lagu Halimah Jongang. benci! this is a WEDDING. Please Respect! En Shahril dah banyak kali buat lala bersabar atas pentas tu.

tapi sekarang, benda tu jadi a funny story to be remembered (kata ex-b2b).*gelak*. jadi lala maafkan aja orang tu! lala cuma nak dorang tahu, hormati lah perkahwinan seseorang, yang sepatutnya menjadi kenangan indah orang. you should really know how people going to be frustrated to hear that kind of songs in their wedding. you should really know when you decide you played it. i really know that you might read this, but i love my wedding still. don't worry. apa dah jadi, jadi. lala maafkan semua. let's not makes enemies! oyay!
ok, done!





BAJU BERSANDING
Ha, ni pun banyak hal. butik yang lala amik tu, banyak customer pulak pada hari yang sama. ada yang nikah malam jumaat tu. jadi, nak jadi cerita, masa nak fitting baju, Eja kata, amik ja barang semua siap-siap. takot ada yang tertukar. ok, betul jugak. siap volunteer baju nak gosok sendiri.

Here's comes the disaster. Berhati-hati gosok pun tidak berguna. terbakar jugak baju bersanding lala. haha *gelak* . Tak perasan? sebab terbakar dekat bontot. Haha. terkoyak dalam 3cm. terdiam. dan terpaku tengok baju. tapi gagah jalah pakai. tapi memang takder yang perasan. lala pun lupa nak tangkap gambar.

yang baju En Shahril pula, sepatutnya kain samping dan tengkolok warna putih. tapi end up, kami terpaksa pilih warna biru. sebab yang tengkolok putih, dah berkarat. hmm. advice, patotnya fitting aju sekali dengan tengkolok.



MAKE UP
Make up oleh Eja jugak. dari Butik Rozie Bridals kat ipoh. Eja sangat ok melayan. maklum ler, muda lagi. sebaya lala. jadi, sangat lah lala suka buli. make up biasa-biasa ja kot. sebab takder pun kata 'chanteknya lala' haha *gelak*. yang ada orang kata ialah 'canteknya baju dia'.

Lala tahu cukur kening itu HARAM. tapi tanggung jugak lah. itu lah pertama dan last lala sentuh kening. huhu *bersalah*. Eja dah buat kening giler macam takder kening. haha. dah biar. dah lepas. Lala kata nak natural, tapi Eja nak buat barbie. ikotkan jalah.

En Shahril lagi kesian. Eja paksa makeup sikit. entah tone color apa yang Eja pakaikan, tak sesuai dengan En Shahril. kan dah kelabu.

ok,done!




INAI
ini pun nak bagi advice. beli inai, cubalah try dulu eh, berhasil atau tidak. lucky lala, sebab excited cari pokok inai. sebab konon nak inai pekat giler merah. but end up, tak merah langsung inai pokok tu. mungkin getah dah kurang. last, beli jugak lah inai dalam kotak tu. yang ternyata merah menyala!

tapi terkena pada En Shahril pulak. inai dia tak nampak sangat. macam pelik pun ada. haha *gelak* .

ada yang tanya, kenapa tak buat ukiran inai kat tangan. lala pun teringin jugak we! tapi mak lala tak bagi. kata mak, ada unsur hindu. HARAM. puas lah pujuk, kata buat bunga-bunga biasa ja. tapi bila dah mak kata JANGAN. malas nak lawan. dah nak kawen kan. elok dengar kata orang tua-tua.

advice lagi, untuk mendapatkan hasil yang chantek. ada yang kata buh minyak cap katak, ada kata buh teh. tapi lala nak bagi tips lain. sebelum pakai inai, selofen jari anda dengan selofan tape. boleh bayangkan tak?
solefankan keliling jari, ikot garisan dekat hujung jari tu, baru lebih kemas inai tu nanti. =)

ok, done!





PELAMIN
Pelamin lala, lala sangat suka! jadi takder review the bad di sini. haha *gelak*
eh, ada. ada. Dalam bekas merenjis tu, takder isi pun. kakak lala terpaksa isi potpuri yang lala letak dalam bakul flowergirl. air mawar pun takder. jadi, yang merenjis, eksen ja konon ada air. sedih kan. tapi tu ja.

dan bunga pahar pun tak sediakan. and family kami memang lupa terus. teringat masa malam jumaat esok sabtu. bayangkan! malam tu jugak pergi beli bunga pahar yang dah siap dicucuk. nak rebus telur, memang tak sempat lah. last last kami buh coklat ja.

yang lain, lala suka!

ok,done!



DOORGIFTS
ni pun sedih jugak. ramai kawan lala yang datang, kata tak dapat doorgifts!huhu kelamkabut. lala mintak maaf banyak-banyak pada yang tak dapat tu eh! nanti lala review doorgifts semua!

ok, done!




dah sampai sini jalah.
pasni nak review belah Kajang. kumpul gambor dulu.
pastu review benda yang lala suka.
centerpieces, flower girls, kompang, photographers dan banyak lagi!

Tuesday, February 22, 2011

Wordless Wednesday No. 5

Orang happy selepas berkahwin.



Monday, February 21, 2011

Kasi satu gambar kat korang!

dah lebih 2 minggu menjadi wifey to my hubby!
En Mohd Shahril Samad.


hubby lala pun dah restu lala tulis blog ni,
dah cerita semua pasal blog ni sebelum kawen aritu.
Lala : boleh sambung tulis blog?
Shahril : tulis lah. kumpul duit banyak-banyak.
*gelak*


Aku lemah tanpa kamu
Ku ingin mu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu

Sampai Syurga ku menunggu
Sampai Syurga ku cintamu

Hanya Kamu

Faizal Tahir - Sampai Syurga

Lagu ni memang sentiasa jadi lagu lala untuk my shahril!

Monday, February 7, 2011

Teaser : Mr & Mrs Shahril (5 February 2011)

We're Married!


ok. babai

Saturday, February 5, 2011

SAVE THE DATE

SAVE THE DATE!


*klik untuk lebih besar*

credit : Qisdhi Nicework

sesiapa yang inginkan softcopy Kad Berkahwin Day,
boleh lah email to Lala
mscloudy26@gmail.com


thanks!


Sunday, January 30, 2011

5 hari lagi!


Assalammualaikum & Morning, Dearies!

macam tak percaya, 5 days until our Wedding.
dah tak boleh tengok groom to be.
sms/call ja boleh.




Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Faizal Tahir - Hanyut

Baju Flower Girls & Door Gifts, DONE! and what you should learn!


Assalammualaikum and good evening!
tetibe nak update malam-malam.

2 perkara.
yang pertama, baju flower girls settle!
yang kedua, goodies untuk guest settle.


bercerita tentang baju flower girls, 
i've learned something.
1. jangan beli baju budak di saat akhir.
2. jangan beli baju budak time raya cina kalau taknak berebut baju dengan orang cina!
*gelak kuat-kuat*

jadi kelakar kot, biler macam berebut lak dengan cina
masa nak pilih baju.
serius. lala nak beli baju untuk 8 perempuan.
cina tu nak beli untuk her daughter tapi nak amik baju yang ada kat tangan kakak lala.
tapi kami lah berjaya!
*gelak kuat-kuat lagi*

anyway, kalau nak cari baju budak
dari newborn sampai lah boleh jadi flower girls maksu dorang,
korang semua boleh cari dekat Brands Outlet!
lala terjah dekat Ikano Power Centre.
they also got at AEON Bukit Tinggi, Ampang Point, IOI Mall Puchong,
Sunway Piramid, AEON Bukit Indah Johor, Kluang Mall Johor,
AEON Bandaraya Melaka, Dataran Pahlawan Melaka,
East Coast Mall Kuantan dan Queensbay Mall Penang.
price? under 100rm. serius.
oh, lala tak letak gambar baju kanak-kanak ye di sini.
mahu kasi surprise!
even though, 2 of my nieces terpaksa pakai baju laen color
dengan 4 yang laen.
waa!


tentang door gifts pula.
yes, lala learned something about vendors too.
ada 2 vendors yang lala jumpa arini.
1. yang pertama, sangat susah nak deal untuk ambil barang
2. yang kedua, yang sangat2 senang hati.

apa yang lala belajar,
1. bila kita nak appoint vendors, make suke kita tanya mane tempat nak jumpa untuk pick up stuffs. nampak simple, tapi itu akan menyusahkan bila dua-dua pihak agar sukar nak tolerate.

2. no matter how angry you are dengan vendors, jangan tunjuk marah. sama ada dalam email, sms or call. believe, yang setiap masalah akan berjaya disettlekan.

3. simpan maklumat (sms, email) atau sebarang bukti perbualan dengan vendors. let say, kita tak puas hati dengan vendors sama ada how they treats us atau hasil kerja, kita boleh buat aduan di Tribunal Pengguna dengan bukti-bukti yang ada. serius. Tribunal Pengguna adalah tempat yang sesuai.

3. bersyukur dan berharap apa yang kita rancang atau aturkan, adalah yang terbaik, datang dariNYA.

but, anyway and anyhow,
lala puas hati dengan hasil kedua-dua!


jom, intai!
Door Gifts untuk anda!
yang datang di IPOH sahaja ye!
no sneak peek. tunggu ja harinya.
*Senyum*






Thursday, January 27, 2011

Kenapa Hanya Kisah Kita


Adira - Ku Ada Kamu
Andai hari esok, langit akan runtuh
tabahlah menjunjung bersamaku
andai hari esok, dunia gelora
takkan ku gemuruh selagi
Ku Ada Kamu

8 hari lagi.
Moga dipermudahkan segalanya olehNYA.



kenapa
Hanya Kisah Kita Nak Kawen?
sebab hanya kisah kita semua aja dalam blog ni.
pendek kata, hanya kisah kita nak kawen sahaja dalam ni.
kalau bukan cerita kawen, letak dekat People Always Leave


dah 6 bulan blog Hanya Kisah Kita Nak Kawen ni,
banyak kawan lala dapat.
banyak informasi lala dapat.
buat lala jatuh cinta dengan PERKAHWINAN. 
serius.

ntah-ntah, nanti dah kawen,
cerita pasal FAMILY dan ANAK-ANAK pulak!
*gelak*


credit : google

so, nama blog korang pulak macam mane?

Tuesday, January 25, 2011

Review Kad Kahwin yang dah siap dipos


tada!
assalammualaikum & morning, dearies!
semua dah dapat kad kahwin lala kan?
ada yang tak dapat lagi ke eh?


kalau dearies semua dah dapat,
mesti dapat macam gambor kat bawah!





dan disertakan dengan cop mohor, konon!


akhirnya, semua kad dah abis.
tinggal beberapa keping untuk last minute punye delivery by hand kat ipoh!


lagi 11 hari!
siapa datang ipoh?
siapa datang kajang?
*senyum lebar*


Monday, January 17, 2011

Nak terbang tinggi!

assalammualaikum & morning, dearies!


leganya dan sukanya hati bila ramai yang dah dapat kad lala.
it would be beautiful if you can come and we can meet each other!


 2 weeks 4 days!
ingatkan lama lagi, tapi bila tukar jadi 18 hari, jadi tak tentu hala!


Guestbook tak repair lagi.
centerpieces entah ke mana.
baju tak siap lagi.
bakul untuk flower girls tak buat lagi.
catering tak finalize lagi.



lala selalu tahan diri untuk rasa stress dalam semua hal.
tapi lagi 18 hari, memang dah terasa lah kot!
cara untuk bagi balik senyum lala, dengan terapi minda,
yang akan bercuti lama selepas kahwin.
31 Januari - 20 Februari!*gelak*
bukan sebab nak pergi New Zealand ke, Korea ke, Phuket ke.
tapi hanya nak cuti yang benar-benar cuti
selepas 6 bulan cuti digunakan untuk persiapan.
 



lala suka ingatkan diri, apa jadi masa Majlis lala nanti,
lala akan jadikan ia satu kenangan terindah kami.
lala akan jadikan tawa senyum semua jadi gambar terindah kami.
lala akan jadikan semua kata orang jadi kisah terindah kami.
lala akan jadikan ia filem terbaik kami.


nak terbang tinggi selepas kahwin!

credit:  stylemepretty

Thursday, January 13, 2011

Entry Khas Kad Kahwin by Zekryila


Entry khas mengenai Kad Berkahwin Day 
Cik Hasila & En Shahril



budak-budak office dah dapat kad.
yang pos, lala janji esok jugak lala pos!!!!
*Ya Allah, moga dipermudahkan*



Wednesday, January 12, 2011

Free Pre-wedding by Peveyhack Photography!


Peluang untuk yang tak kahwin lagi!
pegi ke sini (PEVEYHACK)


*klik untuk lebih besar*

P/s: rugi, lala dan bakal hubby dah kahwin masa tarikh tutup!

updated : tarikh tutup sehingga 20 Januari 2011, semua~!

Thursday, January 6, 2011

Review : Kad Kahwin Hasila & Shahril

nak tau sapa menang selepas perbalahan membuat kad kahwin?
jawapannya, En Shahril menang besar!
Cik Lala akur letak gambar kat Kad kahwin.
dah nampak kan, ciri-ciri Isteri Mithali?
*senyum*


Setelah Entri ini,
maka terhasil lah Kad Kahwin yang murah dan cantik.






Kad kahwin yang murah dan chomel ini 
adalah hasil deposit masa Karnival Pengantin SACC Mall.
rm0.79 sekeping ja.


nak hard cover, tak mampu.
nak buat guna tangan, tak mampu.
jadi terpaksalah mengukur duit dalam poket sendiri.


untuk semua, lala pos next week.
hari ini ahli office dapat kad kahwin kami dulu.
*malu*

Tuesday, January 4, 2011

Bila nak letak Save the Date?

bila agaknya sesuai nak tampal Save the Date?


gila ar!
lagi sebulan?

Monday, January 3, 2011

Rubberstamp from Mangosteenskin sampai!!


akhirnya, rubberstamp dari Mangosteenskin
telah sampai tepat pada masanya!
love it!
simple and nice!



baru ja sampai ni ha!
syukur sebab sampai tepat pada masa.
minggu depan dah nak pos kad kahwin.


love sarah!
lala order rubberstamp dari sarah sejak bulan 6.
sebab tahu sarah perlukan masa untuk sketch and ukir.
dari serumit-rumit design, ended up, lala mintak sarah buat design yang simple.
senang dan terkenang. *senyum*


lala sangat-sangat puas hati.
Mangosteenskin sangat-sangat recommended!
rasanya Mangosteenskin dah terkenal dah dikalangan b2b.


stamp ini dari getah.
diperbuatkan dan diukir dengan tangan. (handmade)
harga adalah tertakluk kepada design.
mohon tempah sangat awal yah!
dan lala rasa sarah sangat-sangat tepati janji!
like it!

Follow me, i'll follow back!