BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Heartbeat (Lebih Awesome dari Nuffnang??)

Pages

Showing posts with label Bertunang Day. Show all posts
Showing posts with label Bertunang Day. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

Bertunang Day Lala & En Shahril

disertakan gambar-gambar masa Bertunang Day lalu,
08.08.10 (ahad)
bersamaan 27 Syaaban1431.

amaran: tiada caption, hanya gambar untuk dishare.
*malu*




























































gambar banyak-banyak yang lain
akan ditampal dekat Facebook ok tak?
Hasila Sapiri
jom kite berkawan!



Wednesday, August 11, 2010

Teaser (We're Engaged)



Ewah!
nak teaser gak tu.

nah, bagi sebijik gambar dulu!





p/s: baru baek demam.
ada ke orang demam lepas bertunang?
ini baru bertunang...



Thursday, August 5, 2010

Bertunang Day (08.08.2010)

amaran: ini entry pendek.


cik lala dan en shahril nak pergi Ipoh.


nota: babai, nak pergi Bertunang!

Tuesday, July 20, 2010

Baju Bertunang Day


oops,
ini bukan baju bertunang cik lala.
ini sepatutnya baju bertunang cik lala.


ini baju kakak sebenarnya.
kakak yang tolong buat hantaran tu.
tapi disebabkan tak muat
dan cik lala nampak macam nangka yang tak wangi,
maka terus cari baju lain.



*siap dah ada veil tau*


lepas tu cari lak baju bertunang lain
nak cari kain untuk buat baju macam tak sempat dan malas,
maka carilah kat semua tempat.
dari subang jaya,
kuala lumpur,
ampang park,
ampang
cheras.



then dapat beli masa kat subang.
tapi dapat buduuuss dari kakak lala,
bila beli baju kat bawah ni..




sebab pertama,
warna putih.
sebab kedua,
bercorak.

jadi, baju ni akan jadi baju raya!
hehe
pujuk punya pujuk en shahril,
kena cari lagi baju bertunang.

at last, pergi plaza alam sentral.
kat situ berjumpalah cik lala
dengan baju bertunang idaman.
yang warna gold cream.

tapi gambar baju tu tak leh reveal lagi lah na.
dah settle Bertunang Day, cik lala tampal kat sini.
yeehaaa!!


Monday, July 19, 2010

Cincin Bertunang & Rantai Tangan



akhirnya untuk Bertunang Day,
cincin emas telah dibeli..!


part yang kelakar seram,
beli dekat Wah Chan
http://www.wahchan.com.my/
ada promotion Buy 1 Free 1
stock clearance
kami pula beli cincin tunang yang free cincin merisik.
batak! (tamak!)
tak tau cincin merisik satu tu nak buat ape.


dan
kami juga beli rantai tangan!
untuk acara batal wuduk lepas nikah.
masa kami beli, emas rm143/g.
beli lambat mesti bertambah mahal.
tu yang beli siap2.


dan
kami juga beli cincin kawen en shahril
disebabkan en shahril sangat tak suka cincin,
maka hanya very simple cincin jadi pilihan
tapi kena tempah lain lah since cik lala nak batu kristal warna putih.
dan cincin itu cincin silver.
cincin yang selamat.


p/s: gambar takder sebab en shahril simpan semua.
kena simpan supaya lala tak curi-curi pakai.


p/s lagi: duet mas kawen tengah fikir nak beli ape. hehe


p/s lagi lah : tahukah kamu, sewaktu adam menikahi hawa,
maharnya ialah berselawat kepada Rasulullah S.A.W sebanyak 3 kali?

sweetnya...

Wednesday, July 14, 2010

Pencarian Cincin Tunang

minggu ini nak pegi cari cincin tunang
ingatnya nak beli cincin kawen untuk en shahril juga.
dan en shahril kata beli cincin kawen masa nak nikah nanti sekali


however, bakal mama-in-law kata,
takkan nak bagi cincin lagi masa nikah?
hmm..
gelang boleh?hehe
jadi, mahu melihat-lihat sabtu ini!
oyyes!
memang sekarang suka barang kemas,
en shahril pun selalu pura-pura tak dengar
kalau cik lala nak cite pasal barang kemas!


cuma
cincin tunang mesti emas ya?
kalau nak request white gold?
tapi cincin merisik dah white gold.


oklah, cincin tunang emas.
jadi nikah nak mintak apa ha?
gelang?
cincin?
white gold?
atau emas?


cincin diamond pun cantek!
http://www.pohkong.com.my/collections/diamond/diamonds.asp
*mata tak kelip-kelip*


kat pohkong,
http://www.pohkong.com.my/
cantek-cantek ho gelang emas ya!
rantai tangan pun menyesakkan nafas!


masa pegi pohkong dengan mak minggu lepas kat ipoh,
ada sample cincin for couple.
http://www.pohkong.com.my/collections/love/love_miranda.asp
semua pun cantek juga.
cuma en shahril tak boleh pakai ja.
mostly white gold 375
dan 750 yang ada unsur emas.


sini ada sedikit information tentang hukum
mengenai cincin bagi lelaki
Sini


tak sabar nak g cari cincin!

p/s: macam nenek tua gile barang kemas!

p/s lagi: takper kan beli cincin semua dengan bakal suami?
ada yang pegi dengan bakal mama-in-law ya?



Sunday, July 11, 2010

Bertunang Day VI

maka, Bertunang Day ada lagi 26 hari.
lagi 26 hari nak ke 08.08.10


dan sama ada kamu semua mahu tahu atau tidak,
08.08.10 itu juga merupakan birthday cik lala.

memang sengaja pilih tarikh tu,
sebab nak ada special-special sikit nak buat masa birthday.

tapi yang tak bestnya,
disebabkan Bertunang Day jatuh pada Hari Lahir Day,
maka tiada hadiah special pun untuk cik lala
en shahril kata, sempena Hari Lahir Day,
cik lala akan dapat 5 hadiah yang dihias cantik!
aiyok, main tipu!

p/s : nak pau en shahril kaw-kaw lah untuk cincin tunang!
siap lah, en shahril!




nak hantaran kek begini!
giler over.

credit : google


p/s lagi: majlis 08.08.10 nanti merangkumi 3 dalam 1
1. Bertunang Day
2. Kenduri Selamat sempena Abg cik lala naik pangkat
3. Majlis Menyambut Bulan Ramadhan

tapi yang bestnye lagi, hanya cik lala ja yang sponsor catering,
kenapa abang cik lala tidak mengutarakan sebarang wang tunai?
oo..tak adil!!!


Bertunang Day V

ok. ini kelakar.
kerana pertama kali melayari

http://theperfectpalette.blogspot.com/


rupanya banyak theme-theme yang boleh dipilih
sekarang lala dah giler batak (tamak)
dengan warna-warna yang cantek-cantek sangat ni.

dan oo..
patotlah hampir semua B2B ni,
jenguk-jenguk kat sini untuk pilihan theme!

disebabkan theme untuk tunang sebenarnya dah pilih pun,
jadi kat site ni, cik lala cari theme yang mewakili theme tunang cik lala

tada..



Defining Traditional Elegance : A Palette of Gold, Peach, Chocolate Brown & Ivory

padahal dulu masa nak tunang,
theme adalah pink silver.
disebabkan baju warna silver yang cantek
sangat susah cari dekat kl ni
dan cik lala taknak baju pink.
maka, dapat ja baju tunang yang warna gold cream,
terus tukar theme.

comey kan pink silver.



Spring is in the air. Shades of Pink & Gray
(giler tengok palette ni dah)


boleh lah mencari theme warna untuk wedding lak kan?

*mata pinar-pinar tengok theme cantek-cantek*
*otak ligat-ligat tukar-tukar theme yang nak dipilih*


Bertunang Day IV


macam banyak nak story kat sini,

tapi

nak pergi makan biskut kering jap.














pengumuman penting!

kebanyakan persiapan dah settle kecuali photographer.
oyyes! nak gabra ke tak?

tarikh bertunang?

08.08.10

*malu*


Sunday, July 4, 2010

Bertunang Day III

this week nak balik ipoh
nak settlekan mane yang perlu disettlekan.
walaupun kebanyakan persiapan dilepaskan tanggungjawab
pada mak, dan kakak-kakak,
cik lala still nak tengok apa hasilnya.
konon, nak follow up lah ni.


catering - settle
hantaran - separuh settle (my sis punya keje)
hiasan umah - settle ( mak punya keje)
make up segala bagai - ni lah nak disettlekan
nak cari mane yang bagus ntah kat ipoh tu.


mak cik lala kata sarung cincin dalam bilik saja,
dan duduk diam-diam atas tilam tradisi
macam kakak-kakak cik lala dulu.
nak demand pelamin kang, majuk mak cik lala.
sebab tilam tu arwah opah yang buat.
jadi, appreciate arwah opah yang tak sempat
nak tengok cik lala tunang dan kawen ni.


baek!
cik lala ikot saja.


jadi, macam seram juga nak bertunang ni!
lagi sebulan lebih.




en shahril kata,
"macam tak percaya ja kite nak bertunang dah"

Friday, July 2, 2010

Bertunang Day II


kalau ikot perancangan masa merisik haritu,
Bertunang Day jatuh pada
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tak leh bagitahu lagi lah!

ok.
yang boleh bagitahu
sistem barter yang akan dijalankan.

Apa yang en shahril bagi kat cik lala:

1. Cincin (yang tak beli lagi)
2. cake @ cupcake
3. buah-buahan
4. sirih junjung
5. kain untuk buat baju nikah (yang dah beli sama-sama)

Apa yang cik lala bagi kata en shahril:

1. buah-buahan
2. sirih junjung
3. cake
4. kain untuk buat baju nikah (beli sama dengan baju cik lala)
5. sampin + songkok
6. bahulu bentuk ikan (yo, ini tradisi family, kalau tak orang tua merajuk)
7. surprise untuk en shahril


ini sahaja.
Bertunang Day cik lala dan en shahril, hopefully akan jadi very simple.
jemputan pun dalam 150 sahaja.
saudara mara + jiran + teman rapat!


yang bertuah,
cik lala tak perlu fikir banyak.
sebab hantaran cik lala akan dihias dan disponsor oleh my sis!
cuma provide kain and surprise no 7 tadi
dan RM30 sebagai sumber kecil kepada my sis.
untung kan? untung kan?
yang lain, item no 1, 2, 3 & 6 disponsor.
yang no 4, sharing dengan en shahril sebab beli pun package.


dan catering pula diserahkan sepenuh kepercayaan
kepada Pn Haze, mak saya!
oyyes, hanya goyang kaki ja cik lala.
bertuah ho jadi anak bongsu!!
kak intan sponsor hantaran.
kakma sponsor khemah 2 biji.
mak sponsor gifts kat tetamu.
tak tau nk pau En Sapiri (my dad) dan abg sulong!
haa..!




Thursday, July 1, 2010

Pengecopan Day II


kalau dikira-kira,
sudah 32 hari cik lala dicop.

dan hampir sebulan ++ lagi cik lala dan en shahril akan ditunangkan!
dan juga, kami sekarang sedang mencari bahan-bahan
dan barangan untuk dibuat hantaran.

agak bertuah sebab hantaran tunang cik lala akan disponsor
kebanyakan oleh my sis,
oyyes!

nak tau ke apa yang akan cik lala & en shahril barterkan?
waa..!
nanti cik lala beritahu na!

nak gi sambung buat keje dulu.

p/s: nampak sangat kau curi tulang kat office, lala!


Follow me, i'll follow back!