BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Heartbeat (Lebih Awesome dari Nuffnang??)

Pages

Showing posts with label Berkahwin Dress. Show all posts
Showing posts with label Berkahwin Dress. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Idea untuk Baju Berkahwin Day

seperti yang digembar-gemburkan di
theme color di ipoh, Blue & White.


boleh buat Baju Berkahwin Day,
seperti di bawah?


credit: sorry, lupa nak amik link

dang!
confirm-confirm kena reject dengan en shahril.
takdernye dia nak pakai biru gini.
*gelak*

Friday, November 26, 2010

Baju Nikah dah siap tapi malas nak amik


masih ingat keinginan baju nikah begini,
hanya itu ja permintaan Lala


tapi,



semalam petang dapat message berbunyi:
"salam baju dah siap buat manik. dah boleh datang ambil..
butang balut kita tak dapat buat.. harap maaf."


tu sebab malas nak amik.
first time fitting, memang dorang kata tak boleh buat butang balut tu.
maka, lala kata nak jugak. *degil*
pastu, dorang kata akan cuba sedayanya. *sekadar ambil hati kot*
then, petang semalam dapat message gitu.


tidak seperti yang diingini.
baju nikah yang hanya baju kurung moden itu,
yang simple itu, akan nampak lebih simple tahap yang sangat simple.


takper,takper.
taknak stress, anggap aja dugaan orang nak berkahwin.
apa yang kita nak, tak semua dapat.
*senyum cebik*


Wednesday, October 20, 2010

Baju nikah dah dihantar


sabtu lepas baru lah nak hantar baju nikah.
tak lah hantar kat pereka terkenal.
kalau hantar kat Rizman Ruzaini atau sekutu dengannya, 
mahu lala bagi tetamu makan ubi kayu ja.
*gelak*


lala dah hantar dekat kedai yang dekat ja dengan office.
baju nikah aja yang lala beria-ria nak buat.
sebab, nak tunjuk kat anak-anak nanti.


pastu tak tau nak buat baju macam maner.
tapi en shahril kata jangan ketat-ketat.
dia tak suka.biar simple aja.
jadi, lala buat baju kurung moden aja.



 tak tau whitelace dapat kat mane, jadi lala credit kat whitelace aja na


tu pun terfikir nak letak butang banyak bila nampak gambar kat atas ni.
biar lain sikit.
cuma macam agak risau bila yang amik ukur lala, budak muda.
harap semuanya ok ja lah.
taknak letak harapan tinggi.
tudung untuk nikah pun lala rase nak beli tudung biasa
yang biasa lala pakai. tudung bawal.

en shahril kata dia tak suka lala pakai shawl atau tudung yang ada awning tu.
jadi, untuk majlis nikah nanti, 
lala nak jadi macam yang en shahril suka.
biar dia senyum aja.
bukan kerut dahi sambil senyum terbalik kalau nampak lala pakai tudung lain!
*gelak lagi*




kain nikah yang gambar besar tu.
*doa baju menjadi*
at least, lala tak nampak gemuk.
takotnyer nak pakai baju warna putih!


Friday, July 16, 2010

Berangan mengenai Wedding Dress II

kali ini menelaah internet dan wedding dress lebih jauh

di sini
http://irnalaperle.com/

dan

http://aifasuitcase.blogspot.com/

sangat kreatif dalam rekaan dia.
ada jugak rekaan fesyen lain,
tapi wedding dress
and
wedding party sangat buat mata tak kelip-kelip!

tengoklah!
sangat menawan ok!



*air liur tengah meleleh*


seterusnya,



*lap air liur, tapi still meleleh*
warna yang sangat sweet.
design yang sangat cantek!


lagi,



*menitik jugak air liur*


lagi,


*tolong cik lala lap jap!*


lagi,


*ok sikit dah cik lala*


lagi,


*tengok, cantek-cantek kan!*


lagi,


*dah, dah. cik lala tak larat dah*


lagi,



*ok, ok. ni last!*


kat bawah ni pulak beberapa sketch yang aifa buat
for wedding party.




*air mata pulak keluar*


dan akhirnya,



*nak lap semua air yang terkeluar tadi*


jangan risau, aifa ni mesti akan keluarkan banyak lagi koleksi dia
bukan saja wedding dress, mesti ada design baju yang lain.
dan pastikan semuanya muslim wear gitu.
pergilah tengok website dia.
korang mesti ternganga tengok dia sketch gambar
supaya jadi muslim wear.
dan kekreatifan dia dalam muslim wear ni.

http://aifasuitcase.blogspot.com/

dan tak lupa

http://irnalaperle.com/
rekaan irna la perle ni tak merangkumi wedding dress semua
cuma semua nya ok aja kalau buat wedding dress!

p/s: sekarang dah confius nak pilih mane, sebab ada banyak yang cantek-cantek!


Thursday, July 15, 2010

Berangan mengenai Wedding Dress


beberapa jam ini,
sangat rajin menelaah internet, nak tengok wedding dress yang cantek.

tengok dekat sini
http://muslimbridalwear.blogspot.com/

dan

http://www.weddingproposalsite.com/

tak berapa banyak koleksi,
tapi boleh lah 'jalan-jalan blog'

antaranya cantik.



winter white wedding dress
macam labuh sangat kan.
takot tenggelam sebab pendek.


seterusnya,



slinky silver wedding dress
yang ini suka kerana warnanya
cik lala suka warna silver macam ni.
bila theme silver pink ni tak jadi masa tunang ni,
ambil jadi theme masa kawen belah ipoh boleh?


seterusnya,



classic red sash on white wedding dress
kombinasi putih merah yang sangat menawan.
untuk nikah cantek?
tapi mungkin merah itu adalah hand bouquet?


seterusnya,



yang ni, cik lala buat kelakar seram.
teringin pakai kot panjang
ngee!


seterusnya,




pale blue wedding dress
warna biru ni cantek juga kan.
sebab sangat damai dan lembut.


seterusnya,




modern trendy blue wedding dress
kombinasi warnanya cute juga kan?
boleh pakai shawl untuk cover seksi.
hehe

seterusnya,



egyptian wedding dress
cantek di atas pinggang tu
apa nama ntah.
tapi nampak simple and nice aja.


seterusnya,
dan yang paling cik lala suka dan
tak leh bernafas.




chic blue wedding dress
paired with matching cardigan
nak buat kelainan pakai cardigan masa kenduri kawen boleh?
nampak sweet pulak.

p/s: tunang belum lagi tapi dok fikir Berkahwin Dress?
takot jadi macam Bertunang Day
cari baju warna silver tak jumpa dan nak buat tak sempat.
rasanya nak pilih baju dulu bagi menyelesaikan warna theme
then segala persiapan kawen akan bermula..!
oyyes!

updated:

p/s lagi: ada satu website ni, design muslim bridal wear juga
yang sangat menawan tapi cik lala macam tak sampai hati nak copy and paste
sebab cantik sangat
dan rugi tengok gambar tu kecik
dan cantek giler kalau tengok gambar besar-besar kat website tu.

tengoklah kat sini tau!

http://www.stylecovered.com/2009/07/13/muslim-bridal-wear-part-1/

http://www.stylecovered.com/2009/07/22/muslim-bridal-wear-part-2/

http://www.stylecovered.com/2009/07/28/muslim-bridal-wear-part-3/

warna + style sangat menawan kan?kan?


Follow me, i'll follow back!