BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Heartbeat (Lebih Awesome dari Nuffnang??)

Pages

Showing posts with label Proses Mencari Kelengkapan. Show all posts
Showing posts with label Proses Mencari Kelengkapan. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

Checklist!

Checklist as on 3rd January 2011

THE MOST IMPORTANT THINGS!
1) kursus kahwin - done!
2) borang kebenaran kahwin - done!
3) HIV test - done!
4) kadi & saksi - done!

OUTFITS
a) Majlis Pernikahan (the bride) 
Tempat: Masjid
1) dress – done!
2) veil & tudung for nikah - in progress
3) accessories - done!
4) shoes - in progress
5) bunga tangan - in progress

b) Majlis Pernikahan (the groom)
1) baju melayu - done!
2) samping & songkok & butang baju melayu - in progress
3) shoes - in progress

c) Berkahwin Day  (the bride) 
Tempat: Dewan - Ipoh
1) dress - fitting in the middle on January
2) veil, tudung and shoes - in progress
3) accessories - in progress
4) bunga tangan - in progress

d)
Berkahwin Day (the groom)
1) suit / baju melayu - fitting in the middle on January
2) shoes - in progress

e) Bertandang Day (the bride) 
 Tempat: Dewan - Kajang
1) dress - fitting in the middle on January
2) veil, tudung and shoes - fitting in the middle on January
3) accessories - in progress
4) bunga tangan - in progress

f) Bertandang Day (the groom) 
 Tempat: Dewan - Kajang
1) suit / baju melayu -
fitting in the middle on January
2) shoes - in progress
g) Baju untuk Family Lala & Bridemaid
Ipoh - done!

MAKE UP
a) Bernikah Day - done!
b) Bersanding Day - done!
c) Bertandang Day - done!

BOOKING DEWAN & PA SYSTEMS
a) Dewan di Ipoh - done!
b) Dewan di Kajang - done!

HIASAN DEWAN
a) Dewan di Ipoh - in progress
b) Dewan di Kajang - in progress

Wedding Banner
a) Berkahwin Day (ipoh) & (Kajang) - Deposit paid

Wedding Direction
a) Berkahwin Day (ipoh) - Deposit paid 
b) Bertandang Day (Kajang) - 

 
PHOTOGRAPHER
a) Bernikah & Berkahwin Day - Deposit Paid
b) Bertandang DayDeposit Paid


HANTARAN
done!

a) Lala bagi En Shahril
1) Cincin - done!
2) Perfume - done!
3) Jam - done!
4) T-shirt & Tie - done!
5) Gift Set - done!
6) Shoes - done!
7) cake - di saat akhir pun boleh, wee!
8) chocolate - nadia punye tanggungjawab!
9) buku & sejadah - in progress
10) sirih junjung - di saat akhir pun boleh, wee!
11) buah-buahan - di saat akhir pun boleh, wee!

b) Groom's (him to me)
1) Rantai Tangan - done!
2) Perfume - done!

3) Jam - done!
4) Toiletries - done!
5) Tafsir Al-Quran - done!
6) Shoes - done!
7) Handbag & Purse - done!
8) Buah-buahan - di saat akhir pun boleh, wee!
9) Sirih Junjung - di saat akhir pun boleh, wee!


CATERING
a) Ipoh - diserahkan sepenuhnya kepada Pn Haze (my mother)
b) Semenyih - deposit paid!


PELAMIN
a) Berkahwin Day (ipoh) - deposit paid!
b) Bertandang Day (kajang) - deposit paid!

 
GIFTS
a) tetamu Ipoh - deposit paid!
b) tetamu kajang - diuruskan oleh family en shahril
c) VIP Ipoh -
deposit paid!
d) VIP kajang - diuruskan oleh family en shahril
e) Kids Ipoh - deposit paid!
f) Kids kajang - diuruskan oleh family en shahril
g) Tetamu di Guestbook (Ipoh) - in progress

 
BUNGA PAHAR
a) Berkahwin Day (ipoh) - blur!
b) Bertandang Day (kajang) - blur!

 
KAD KAHWIN
a) done! will distribute next week! gila berdebor + malu!

 
BILIK PENGANTIN
a) Hiasan Bilik - Deco sendiri aja
b) Langsir - Sponsor oleh Pn Haze
c) Cat rumah - in progress


MISCELLENOUS
a) Performance - confirm dan disponsor!


HONEYMOON
a) masih difikirkan. mungkin tiada. mungkin bergolek-golek di rumah sahaja. mungkin dalam Malaysia sahaja.
*gelak*

nanti update lagi.

oh, lagi 1 bulan 2 hari!

takper, takper. janji yang pertama itu sudah settle! i dah boleh kahwin, u!!!

Ukiran di Buah2an


first of all, nak ucap tahniah banyak-banyak,
dan selamat pengantin baru kepada
Zara, Hazlynda, Bunga Kristal, & Rabiatul Adawiah,
dan sesiapa sahaja yang meraikan perkahwinan pada tarikh cun,
01.01.11
moga bahagia hingga ke akhir hayat!


kembali kepada tajuk.
lala terjumpa gambar buah-buahan yang diukir.
seperti di bawah.

siapa yang rajin, boleh buat.
*senyum* 






ukir nama pada buah dan dijadikan centerpieces,
pasti best!

Wednesday, December 29, 2010

Little Handkerchief - kalau nak nangis

If you need to cry,
if you have a little sniff,
please take a lovely little hankerchief



awesome!
credit : stylemepretty

Kerusi Pelamin - High Back Chairs

makin hari makin banyak lak High Back Chairs
yang colornya chantek-chantek!


credit : Rass Deco
PUTIH



BROWN



credit : ini ambil dari b2b, Aya
MERAH



credit : Ann
TURQOISE



credit : Zaifie Zainal
HITAM


lepas ni, warna apa lak?
*sweet*

updated : Amy buat Entri kerusi Chaise Lounge. nak tau?
Entri ini.

Tuesday, December 28, 2010

Kad Kahwin design sama


amaran : kad kawen ni kawan lala punya.
dua-dua kawan lala punya, kalau korang terkecil hati , ampun maaf diminta ya.
sebab guna kad kawen korang sebagai contoh entry.
*waa...minta ampun siap-siap*


design dari *rasanya korang tau kot*


ha, lala dapat kad dari kawan lala,
yang lala perasan, 'eh, sama lah'
ok lah, hampir sama.


tu yang lala lebih suka customize!
pujuk en shahril pun, susah betul. huhu
kos untuk Kad Berkahwin Day akan dipotong abis-abisan.


actually, kad Berkahwin Day lala dah siap!!
hmm, lala dah cerita dulu, lala taknak gambar sendiri dekat kad,
dan nak lain sikit dari biasa. 


korang tunggu jalah eh, 
kalau nak tau sapa menang.
*gelak*

Buah as Table Centerpieces mengikut tema.


wahai semua perempuan chantek!
sorry sangat kalau Lala asyik cerita pasal centerpieces.


sebab sangat-sangat semangat lah nak cari idea untuk table centerpieces.
yang penting, jimat dan simple.
ternyata terjatuh hati dengan buah-buahan.

Zila (ex-b2b) pun guna epal hijau untuk her table centerpieces.
kalau mengikut survey sendiri, kebanyakan buah-buahan akan jadi chantek
kalau warna buah itu sendiri menyamai warna tema kita, ye dak?

all pictures : credit to uncle google.


merah kuning = peach?




kuning = lemon?




merah = desperate housewives = SEXY = apple?
kata bride-to-be, Marea *senyum*




hijau = limau nipis ke ni?




ungu = terung?


waa..menarik kan?

tapi warna tema lala
Ipoh = Putih & Biru
Kajang = Putih, Black & Gold
nak guna apa?

ish,ish. susah,susah. tukar idea ar!

Thursday, December 23, 2010

Taip di Kain


lain yang dicari, lain yang jumpa.
try to find something cheap and easy to decorate the table,
as a centerpieces.



tapi terjumpa yang ini.
macam menarik menaip di kain kan?






dijadikan ucapan pada hadiah Berkahwin pun mengancam kan!

credit: i-do-it-yourself

Tuesday, November 30, 2010

Task terbaru: Menempah Kad Berkahwin Day

amacam? cantik kan ?




wait, wait! ini bukan kad Berkahwin Day lala.
walaupun lala suka sangat kalau kad yang handmade, dan hanya menampilkan satu belah pihak
seperti entri ini
tapi terpaksa lah beralah. 
perlu tunjukkan ciri-ciri isteri solehah. *gelak*
lagipun agak pricey, dan taknaklah bagi tetamu makan ubi kayu semata-mata kad kahwin.
*gelak lagi*


so, sabtu lepas dah pergi pilih design dekat kedai.
kedai yang buat promotion masa Karnival Pengantin di SACC Mall, Shah Alam
en shahril berkenan dan booking terus.
ada jugak kesah ala-ala kene tipu dekat Karnival itu, nanti cite lain kesah itu.


so, nak cite sikit kesah pilih design kad Berkahwin Day kami,
 dan apa yang perlu semasa design kad kahwin.

1. sila hadirkan diri
pergi lah berdua. baru best rasa pengalaman.

2. sila bawa resit booking.
kami main terjah ja kedai. naseb baek pekerja dia ok, dan kami sama-sama cari nama en shahril dekat buku resit. dalam 5,6 buku resit ada.

3. sila fikirkan dan berbincang tentang design  kad kahwin.
takot nanti rambang mata. dan bergaduh-gaduh tentang design.

cik lala: taknak ar letak gambor. malu...
en shahril: ala, letak ar. baru tau muka pengantin.
cik lala: dik, dik pegi layan customer lain dulu, nanti dah discuss kitorang panggil.

4. sila ambil tahu maklumat yang perlu di kad kahwin.
maklumat seperti nama ibu bapa, nama pengantin, nama untuk dihubungi, no telefon untuk dihubungi, tarikh kahwin (tahun biasa dan tahun hijrah), doa, ayat-ayat comey yang anda mahu.

5. sila bawa softcopy map dan gambar (kalau nak letak gambar)
untuk menyenangkan pihak kedai untuk map. begitu juga dengan gambar jika nak letak lah. *senyum* . kalau nak emel pun takper.

cik lala: nanti kami emel ye semua.

6. sila jangan lihat design lain bila dah decide.
takot nak tukar design bila jatuh hati kat design lain.

cik lala: dik, boleh tak nak tukar design?
pekerja: oo, design tadi?
cik lala: ha, design tadi nak cancel. nak yang macam ni.

7. sila bawa kesabaran anda.
ooo..penting ni..! tambah-tambah yang no 3 tu, memang takder dalam list kami.  


akhirnya, kad untuk Berkahwin Day hampir settle.
settle 40% kot. doa, map tak bagi lagi.
tapi syukur sangat sebab pekerja dekat situ ok.
melayan kami yang hua-hua ni.


dan puas hati, bila cik lala dan en shahril 
berjaya mencapai persepakatan.
 kad untuk Berkahwin Day yang turut simple.
wahai semua, pasti akan ada satu untuk anda!
tungguuuuuuuuu.........


Wednesday, November 17, 2010

DIY #1: HandBouquet Color-color

adakah kamu semua ingat mengenai keinginan Handbouquet Color-color di post ini.
disebabkan keinginan maha dahsyat itulah, lala nak jugak.
tapi nak request kat Bridal Shop tu mahu dalam beratus kena.
maka, dapat Artificial Flower pun jadi lah.




ha, inilah hasilnya.
tapi tak abis lagi, sebab bunga kuning besar tu tak cukup pulak.
dan ingat nak tambah-tambah daun-daun sikit.*gelak*
korang, jangan lah gelakkan lala we!
DIY yang pertama untuk perkahwinan yang pertama.*gelak*



baju nikah putih, veil putih.
harap bunga ni naik lah nanti.

updated (khas untuk fadhilah): di mana beli dan kos membuat bunga.
1 warna = 6 kuntum bunga.
1 jenis warna = RM6.90
4 jenis warna = RM28.00
membeli belah di Krismaya.
ok jugak tempat dia. naek tingkat atas, banyak benda boleh cari.

Friday, August 6, 2010

Mari fikir tentang doorgift sekarang.


walaupun esok ialah Bertunang Day kami,
lala masih sempat survey doorgifts apa nak bagi masa Berkahwin Day nanti,
walaupun pada hakikatnya doorgifts Bertunang Day pun tak settle lagi.
hahaha *gelak tak berlagu*
dan jahat juga sebab menggunakan thinkpad en shahril
untuk survey doorgift,
nampak sangat hantaran tak siap lagi.
jadi, di bawah antara yang berkenan dan diberangankan.


*ok tak kalau bagi bunga macam ni,lepas tu nanti apa akan guest buat eh?
letak kat meja office? hias kat umah? atau buang?


*macam mane kalau bagi pokok bunga? at least boleh menanamkan semangat orang untuk berkebun dan mengutamakan persekitaran hijau dan membuat oksigen segar untuk diri sendiri? tapi kalau pokok ini tak membesar?




* ha, bagi chopstick! pastu kena bebel dengan en shahril sebab mengarut. macam kahwin dengan orang cina lak. ok, ok, cancel! tapi comey aper! boleh tulis nama dan tarikh kawen kita kat chopstick. oh, comey!comey!



* kalau bagi mancis lak? ini lagi lah en shahril bising. tadi kata nk persekitaran hijau! ini dah menyebabkan persekitaran mudah terbakar. tapi menurut gambar ini, mancis ini sangat membuatkan air liur meleleh sebab terberkenan.







* walaupun dekat paper bag ini tulisnya 'Hannah's Baby Shower', cuba bayangkan kalau tertulis 'Shila & Aril's Berkahwin Day'? comey tak? comey tak? selalu nampak paper bag macam berwarna putih atau coklat. tapi warna macam di atas ini buat mata taknak pejam.




*ini contoh kalau paper bag berwarna putih? simple and nice jugak kan.





* ha, ni tahap terbaek ar! dari segi budget dan kekreatifannya. pakai guni dan kulit kerang semua kutip kat pantai ja. pergh! mesti en shahril sayang banyak kat lala sebab berjaya menjimatkan kos. tapi kena maki ar dengan guest sebab kedekut!




ok lah, ok lah.
yang lala terminat dan tersuka,
ialah seperti di bawah.


* bagi coklat kiss ni, dan letak nama Shila & Aril macam dalam gambar. ha, tapi sakit juga lah nak letak nama tu kat semua coklat! tapi sweet aper! panggil aja jiran 40 umah sebelah kiri, 40 sebelah kanan untuk tolong lekat.





pastu, boleh letak kat paper bag macam kat bawah.
tapi paper bag warna-warni,
pastu cucuk macam ni jugak.
ok tak?
korang pegi lah survey kat website eh.
banyak lagi idea boleh korek.
website ni berasaskan green environment.
memang terbaek lah!

p/s : dah lah. nak pegi basuh pinggan. mak dah bising.



Monday, August 2, 2010

Free Thank you Tags (Done by Sya)

berikutan entry dari Sya, iaitu 'Free Thank You Tags', cik lala menjadi orang tergedix nak benda-benda free ni.


at first, untuk muffin (doorgift) bagi Bertunang Day, cik lala memang just nak letak
bunga kecik (yang tak beli lagi) sebagai hiasan kat bekas muffin tu.
even thank you tags pun cik lala tak terfikir nak buat.
sebab? tak sempat.
keje agak menimbun, visit merata dan serah bulat-bulat dekat family lala.
jadi, expectation tak tinggi untuk Bertunang Day,
just mahu cincin.
eh, tak.
mahu jadi tunang en shahril
we're just one step closer, kan dear?


berbalik pada tajuk entry,
disebabkan sya (yangsangat baek hati) nak bagi free thank you tags nilah,
buat cik lala nak jugak.
walaupun in the beginning, kami emel-emel, sya nak bagi about 20 tags.
ok jugak, hanya untuk family en shahril nanti.


surprise, bile sya prepare about 50+ untuk cik lala. suka dah ni! tapi yang doorgifts yang lain, still dapat bunga kecik ya.
dan cik lala suka sangat free thank you tags tu!! like seriously comey.
thanks sangat sya!
cik lala bagi chocolate kat sya, appreciation kat dia.hehe

*hasil*

status sekarang : baju tunang hantar kedai, betulkan sikit. hantaran tak siap lagi. ish, last minit punyer keje ni. kena gabra tak ha? Bertunang Day lagi 4hari.

Tuesday, July 20, 2010

Baju Bertunang Day


oops,
ini bukan baju bertunang cik lala.
ini sepatutnya baju bertunang cik lala.


ini baju kakak sebenarnya.
kakak yang tolong buat hantaran tu.
tapi disebabkan tak muat
dan cik lala nampak macam nangka yang tak wangi,
maka terus cari baju lain.



*siap dah ada veil tau*


lepas tu cari lak baju bertunang lain
nak cari kain untuk buat baju macam tak sempat dan malas,
maka carilah kat semua tempat.
dari subang jaya,
kuala lumpur,
ampang park,
ampang
cheras.



then dapat beli masa kat subang.
tapi dapat buduuuss dari kakak lala,
bila beli baju kat bawah ni..




sebab pertama,
warna putih.
sebab kedua,
bercorak.

jadi, baju ni akan jadi baju raya!
hehe
pujuk punya pujuk en shahril,
kena cari lagi baju bertunang.

at last, pergi plaza alam sentral.
kat situ berjumpalah cik lala
dengan baju bertunang idaman.
yang warna gold cream.

tapi gambar baju tu tak leh reveal lagi lah na.
dah settle Bertunang Day, cik lala tampal kat sini.
yeehaaa!!


Monday, July 19, 2010

Cincin Bertunang & Rantai Tangan



akhirnya untuk Bertunang Day,
cincin emas telah dibeli..!


part yang kelakar seram,
beli dekat Wah Chan
http://www.wahchan.com.my/
ada promotion Buy 1 Free 1
stock clearance
kami pula beli cincin tunang yang free cincin merisik.
batak! (tamak!)
tak tau cincin merisik satu tu nak buat ape.


dan
kami juga beli rantai tangan!
untuk acara batal wuduk lepas nikah.
masa kami beli, emas rm143/g.
beli lambat mesti bertambah mahal.
tu yang beli siap2.


dan
kami juga beli cincin kawen en shahril
disebabkan en shahril sangat tak suka cincin,
maka hanya very simple cincin jadi pilihan
tapi kena tempah lain lah since cik lala nak batu kristal warna putih.
dan cincin itu cincin silver.
cincin yang selamat.


p/s: gambar takder sebab en shahril simpan semua.
kena simpan supaya lala tak curi-curi pakai.


p/s lagi: duet mas kawen tengah fikir nak beli ape. hehe


p/s lagi lah : tahukah kamu, sewaktu adam menikahi hawa,
maharnya ialah berselawat kepada Rasulullah S.A.W sebanyak 3 kali?

sweetnya...

Hantaran Bertunang Day

untuk Bertunang Day ni,
kakak cik lala yang volunteer untuk buat dan support.
cuma lala sponspor cd untuk bantu kakak cik lala buat hantaran.


so, progression hantaran untuk Bertunang Day cik lala,
hanya satu keping CD.



*konon nak belajar macam mane nak buat bunga dip*





*ini yang latest update*

beli dekat kedai aksesori perkahwinan
Sayang Menyayang Handicraft.
seksyen 7, shah alam.
dekat dengan jakel dan i-city tu.


cik lala tak kuar sesen pun
kakak dan mak cik lala sponsor
ada banyak lagi yang dibeli tapi tak sempat nak captured.


tapi a bit kecewa
beli kain untuk balut polistrin tu.
rm13.80/m tapi ingat uncle tu baek dan bagi rm11/m,
rupanya kat ipoh, kakak cik lala tengok
boleh dapat rm7/m ja!
pangkah kedai tu, cepat!!


dan
gambar bawah ni,
bentuk bunga yang akan didipkan.
hasil ciptaan kakak cik lala
serius tak tau apa jadi kat bunga-bunga ni dah.







p/s: lagi 19 hari, arap kakak cik lala sempat buat.

Wednesday, July 14, 2010

Pencarian Cincin Tunang

minggu ini nak pegi cari cincin tunang
ingatnya nak beli cincin kawen untuk en shahril juga.
dan en shahril kata beli cincin kawen masa nak nikah nanti sekali


however, bakal mama-in-law kata,
takkan nak bagi cincin lagi masa nikah?
hmm..
gelang boleh?hehe
jadi, mahu melihat-lihat sabtu ini!
oyyes!
memang sekarang suka barang kemas,
en shahril pun selalu pura-pura tak dengar
kalau cik lala nak cite pasal barang kemas!


cuma
cincin tunang mesti emas ya?
kalau nak request white gold?
tapi cincin merisik dah white gold.


oklah, cincin tunang emas.
jadi nikah nak mintak apa ha?
gelang?
cincin?
white gold?
atau emas?


cincin diamond pun cantek!
http://www.pohkong.com.my/collections/diamond/diamonds.asp
*mata tak kelip-kelip*


kat pohkong,
http://www.pohkong.com.my/
cantek-cantek ho gelang emas ya!
rantai tangan pun menyesakkan nafas!


masa pegi pohkong dengan mak minggu lepas kat ipoh,
ada sample cincin for couple.
http://www.pohkong.com.my/collections/love/love_miranda.asp
semua pun cantek juga.
cuma en shahril tak boleh pakai ja.
mostly white gold 375
dan 750 yang ada unsur emas.


sini ada sedikit information tentang hukum
mengenai cincin bagi lelaki
Sini


tak sabar nak g cari cincin!

p/s: macam nenek tua gile barang kemas!

p/s lagi: takper kan beli cincin semua dengan bakal suami?
ada yang pegi dengan bakal mama-in-law ya?



Follow me, i'll follow back!