BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Heartbeat (Lebih Awesome dari Nuffnang??)

Pages

Monday, August 16, 2010

berjalan mensurvey rumah!(entry panjang lah jugak)

hari sabtu lepas,
pergi tengok rumah.
3 buah rumah sempat jenguk-jenguk.


Rumah pertama adalah di
Kota Kemuning.
gambar-gambar seperti di entry cik mysarah ni.
Home Sweet Home
kalau ikutkan kat internet, masih available, bila survey rupanyer dah abis dibooking!
dan pastilah cik mysarah salah seorang puan punyer rumah..!
mengikut kata pakcik cina yang ada kat rumah contoh, ada beberapa projek lagi yang company dorang (Achievers) tengah usahakan.
dan mostly agak convincing jugak. sampai beria-ria lah en shahril bertanya semua bagai.
dan seperti mysarah cakap, memang company ni buat rumah cepat. within one year dah siap satu projek.
cam mane pun, kene KIV jugak rumah kat kawasan situ. sebab nak tengok rumah tapi tak boleh masuk lagi kat kawasan tu.



rumah kedua ialah di
Bandar Sri Sendayan
jauh kan. sebab? office MQA ini dikhabar-khabarkan akan berpindah dekat kawasan Enstek, Sepang.
jadi, kami pun rajin-rajin jugak pergi kat sana.
dan dua-dua sangat jatuh cinta (jatuh cinta sesama sendiri dah lama)
cintakan kawasan Bandar Sri Sendayan ni!
sebab? perumahan yang sangat terancang.
dekat situ ada 4 jenis kawasan perumahan baru.

1. Casarina
2. Atiya
3. Argenia
4. Ivanix

class punyer nama!
tapi kami sempat tengok rumah contoh Casarina dan Atiya saja sebab dah petang. tuan jaga umah pun dah nak balik.
camera tak bawak nak tangkap gambar, tapi dengan keajaiban uncle google dan website iproperty.com, kesemua gambar yang seketul macam yang lala tengok kat rumah contoh tu.


jadi, mari kita lihat!

ini floor plan bagi Atiya.
(click untuk mensurvey jugak)
Atiya (Single Storey Semi-D)





4 Bedrooms, 2 Bathrooms.
living hall yang luas.
dining, study area
siap dengan family and wash area.

tengok. luas kan living hall dia.







this is the study area.
mengancam!
boleh lah lala menulis blog kat sini
*acececeh!*






ni dining hall dia. banyak cermin kat ruang ni
i guest to making more bigger!
and white is look so exclusive.



dekat atiya ni takder gambar bedroom lak.
padahal master bedroom dia tu, sangat menawan ok!
siap rase macam nak golek-golek dengan en shahril,
eh, tak. itu berangan ja.

dan,
harga:
RM 339, 888

tarikh siap:
Disember 2011 (expected)





seterusnya,
Casarina
(Click untuk mensurvey jugak)
Casarina 2 @ Nusari Bayu 2







ini living hall yang buat kami sama-sama jatuh cinta.
satu living hall yang boleh digunakan upacara rasmi.
dan satu lagi (yang cermin lutsinar tu) untuk bergosipping.
siap ada sliding door, dan bila bukak, angin masuk menderu.






ha, ni ada gambar master bedrooms.
aww..sukanyer.
apa yang love,love ialah bathroom nya.
sebab letak cermin.
nanti umah sendiri, nak letak cermin lah kat bathrooms.
bilik ni pun terasa nak golek-golek.







dining room
yang diletakkan aircond yang best.
dan sangat sejuk hati melihat rumah ini.







kawasan dapur yang melelehkan air liur.
sangat adore dengan lampu itu.



rumah Casarina ni yang kami sangat-sangat cinta.
kawasan corner lot yang sangat cantik.

dan,
harga:
RM 135,888

corner lot yang lala jenguk ni:
RM 235,888 (approx.)

tarikh siap:
September 2011 (expected)




seterusnya,
Argenia
(Click untuk mensurvey jugak)

yang ada hanya floor plan.
harga:
RM 159,888






akhirnya,
Ivanix
(Click untuk mensurvey jugak)

yang ada hanya floor plan
harga:
RM 298,888




dari Bandar Sri Sendayan, Seremban tu, kami balik KL sambil mengambil mileage.
ternyata mengikut Lebuhraya Utara Selatan dengan kelajuan 120km/j dengan bukak lampu kete agar speed trap tak dapat tangkap no plet, hampir 70km.
aiyok, ternyata angan-angan untuk golek-golek dengan en shahril musnah.
terlampau jauh pulak.
bayangkan kalau kami duk sana tahun 2011, MQA siap tahun 2016,
duet bertaburan atas jalan raya ja!
waaa..sedih!


penat tengok umah semua,
last-last en shahril kata,
"jom, tengok kat tempat lain"


p/s: terpengaruh dengan show house jugak ni sebab dah renovate dan decorate.

14 comments:

Sya Sakura said...

gambar master bedroom itu cantik! sukeee... :)

Nur Rawaidah Rahmat said...

beshnya dah survey rumah.. nora pun belum lg.. boleh tahan juga harganya ye ..

Lala said...

sya: memang terasa nk golek2..hehe

nora: kene lah survey dr skrg..senang hehe

Lala said...
This comment has been removed by the author.
Hana said...

Lala..
Achievers memang banyak wat umah yang harga berpatutan.. Rasenya banyak kat Meru..
Tapi, I bought one at Bandar Bukit Raja @ Jalan Meru.. just opposite Setia Alam, tak jauh dari Federal n NKVE that one by Sime Darby.. gi la tengok..Petunia rase RM335,000.00.. untuk 20 X 65 double story.. tapi saya sangat suka yang my bos beli dekat Desa Alam.. that one PKNS punye.. just belakang sek 7 Shah Alam.. tu 22 X 75 with price RM365,000 camtu.. tapi rmai my friend beli dekat Saujana Utama Puncak Alam.. tak tau still ade tak tapi memang berbaloi la sebab leh sewakan kat student UiTM.. Slamat mensurvey lagi :)

PurPLe LaDy AiFA said...

wah.. byk nye rumah2 cantik di KL tue... harga pon ok kalo nak dibandingkan dengan penang.. best2!

YuNa said...

wink.. wink canteknya!! agak2 bandar sri sendayan ni dekat tak dengan sepang n cyber?? hehe harga die pon berpatutan!! jauh beza dari rumah2 compny yuna kat KOta Warisan Sepang ni.. huhu

Mysarah Rahman said...

informative nyer entry ni. siap sekali sume complete! hehe

very the modern la design dia. i suke :D

Lala said...

hana: thanks hana for the info. memang banyak projek dari Achievers tu. kena banyak survey lagi supaya dekat dgn office nnt. thanks dear hana!

aifa: iye cantik2. bandar tu still baru, nak naik tu. nanti mesti umah jadi mahal lagi.

yuna: rasa macam dekat. sebab dekat dengan sepang. kat enstek. hmm, ape lagi. g survey kat website dia. ada map kat situ yuna.
=D

sarah: lala pun suka sangat. tapi bukan pilihan huhu mesti ada satu rumah utk kita kan.. doa2 lah dpt yg best.hehehe

Anonymous said...

apasal x beli Atiya semi-D, kalo x, boleh kita berjiran..sadly hanya 4 je family melayu out of 18 units..lain semua cina...

Lala said...

hai ms anon!
sangat jauh pula dengan office.
70km+, huhu kopak duet, terabur kat highway ja nnt!hehe

nur aishah bte abd hadi said...

yg 138 tu pown da cantik
kat jb rumah mahal
:(

Lala said...

ha, chantek tapi jauuuhhhhhh...

manjalaracollections said...

hi lala,

akak pun dh survey kat sri sendayan tu, mmg best.. dh ade rumah sendiri tapi tingkat 3, 4 tahun nek tangga tetiba rasa macam dh tua plak tak larat nak memanjat lagi.. tapi tak mampulah RM300k ++ tu.. akak tgk2 yg casarina 135k boleh le :)

Insyaallah kalau ade rezeki nak jugak.. x tahan dok klang asap banyak lemas..

Follow me, i'll follow back!