BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Heartbeat (Lebih Awesome dari Nuffnang??)

Pages

Tuesday, November 23, 2010

Ministry of Moment : Just Click contest

ini sticky post juga ya.
mohon klik 'older post' bagi membaca apa yang telah Lala mengarutkan di sini.



hanya click 'LIKE' dan menangi Pakej Fotografi Bernilai RM2,000
(saja translate - nak guna bahasa melayu sahaja)
Dianjurkan oleh Ministry of Moment.

terliur?mari kita lihat cara-caranya.

Apa yang anda perlu lakukan :
1. Cari MINISTRY OF MOMENT page di Facebook dan click “Like”.

(done).

2. Pergi ke ‘Photos’ dan cari folder yang bertajuk ‘Contest’.

(done).

3. Masukkan yellow poster di atas dan 'tag' 10 rakan.

(done). meng'tag' kawan-kawan yang tengah hangat bercinta, sudah bertunang dan sesuai untuk dipengaruhi.

4. Pilih satu gambar yang anda sangat-sangat suka dari folder yang sama dan tulis satu entri kreatif dalam blog dengan tajuk,  Ministry of Moment : Just Click contest dan ceritakan kenapa anda sangat-sangat suka gambar itu.

(diceritakan seperti di bawah. consider done).
 
5. Di bawah gambar, taip; source: Ministry of Moment dengan link www.ministryofmoment.com

(done). 

6. dan yang terakhir, tinggalkan link cerita kreatif anda di Comment Box di Ministry of Moment, dengan Facebook's username anda.
(done).

Kalau masih blur, silalah klik di sini. Ministry of Moment.


ini gambar pilihan.



cliche kan untuk memilih gambar orang kahwin.
bila tengok semua 200 photos dalam folder Contest, gambar yang berunsurkan kahwin, banyak buat lala tersengih-sengih. konon berangan jadi pengantin dalam gambar. erm, lagi 2 bulan, 2 minggu dan 3 hari.



kenapa pilih gambar ini?
sebab ter'stuck' dekat gambar ini. pengantin bergambar ceria beramai-ramai. lala pilih gambar yang buat lala senyum. tak perlukan banyak prop, tak perlukan latar belakang yang cantik,  hanya menjadi diri sendiri. dan bukankah menjadi kewajipan semasa Berkahwin Day, untuk dikelilingi orang yang kita sayangi dengan gaya yang tengok-sekali-tak-puas? Berlakon menjadi diri sendiri dan menyerahkan segala kuasa kepada Jurugambar yang terbaik untuk menjadikan ia gambar TERBAIK! dan mereka jugalah akan buat kita jatuh cinta pada hasilnya.
*itu yang lala bayangkan gambar perkahwinan lala bersama family, dan 9 anak buah yang aktif*



oh yah!
tahukah anda bahawa pemenang akan memenangi pakej Fotografi yang turut merangkumi aktiviti outdoor?
untuk yang bakal berkahwin, boleh jadikan Ministry of Moment untuk buat Pre-Wedding atau Post-Wedding. Kalau dah kahwin, boleh guna hadiah ini untuk mengabadikan kenangan bersama keluarga. dan, dan (ada lagi), yang belum ada niat nak berkahwin, boleh guna hadiah untuk bergambar-gedik dengan kawan-kawan. dan semuanya bersekali dengan album tau!
 taknak cuba?


dan merujuk kepada 2 soalan di laman web Ministry of Moment,
1. Adakah anda jealous melihat gambar2 perkahwinan artis seperti Siti Rohani Nurhaliza or Umie Aida dan anda mengimpikan gambar2 anda secantik gambar2 tersebut? terdetik sedikit perasaan cemburu di hati?
oh, sangat cemburu!

2. Adakah anda down apabila anda tahu harga yang mereka bayar untuk gambar secantik itu adalah menyamai jumlah gaji anda setelah bertungkus lumus selama sebulan?
oh, macam mana tau ni?




bagi lala, tak kira lah dapat guna hadiah ini untuk apa (kalau ada rezeki, InsyaALLAH) , tapi yang pasti lala mahu orang lain pula yang jealous tengok gambar perkahwinan lala!*gelak*


Tarikh tutup 30 November 2011 (12 tengah malam)
dan pemenang akan diumumkan pada 3 Disember 2010.

korang mesti nak hire photographer yang terror ja kan untuk wedding.
nah, mereka ini photographer untuk Datin Paduka Umi Aida dan hubbynya.
nak kata apa lagi. *telan air liur*

Ministry of Moment punya orang kuat.
Photographer  [Shafiq Akmal, Syahir Ismail, Arief Ahmad, Carlos Nizam]
Designer [Shafiq Akmal, Arief Ahmad, Carlos Nizam, Omar Farid]
Admin [Huda Ainiyah]

boleh kita bersama?

p/s: selamat berjaya, Lala!

5 comments:

farahfatihah said...

good luck darl

Lala said...

thanks fara!

suria lekatlekit said...

org dh kawen bleh join tak??

Lala said...

hai, dear! boleh lah! sesiapa sahaja boleh join!!!

.:sim@a:. said...

good luck Lala;-)

Follow me, i'll follow back!