BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Heartbeat (Lebih Awesome dari Nuffnang??)

Pages

Sunday, August 22, 2010

#1 : Adat perkahwinan Melayu (nak kahwin?)

nak kahwin tak?
*gedix*


when we're decided to get married dulu, perkara pertama ialah,
bawak jumpa parents! *takot tak?takot tak?*
first, bawak en shahril jumpa mak lala di ipoh. punyer lah en shahril salam cium tangan dengan mak lala. *kelakar*
bila time lala lak kena jumpe dengan parents en shahril, tak leh duk diam. *gabra kot*
but everything went well, yang penting just be yourself.
dan berlagak rajin ye. cite lah yang kau ni balik kerja jam 6, terus bertukang kat dapur. mesti bakal mama-in-law suka! *gelak*


lepas tu, baru bincang macam nak kawen?
nak merisik? nak bertunang? merisik dan bertunang? atau bertunang dan berkahwin sekaligus?
disebabkan saja nak bagi lala gabra lebih-lebih.
merisik day, bertunang day dan berkahwin day jatuh pada hari yang berbeza.
tapi seronok. dapat experience semua.


jadi, untuk kamu.
apa tujuan semua adat ni?
teruskan membaca dalam ayat lebih ringkas lala buat,
dan selamat membuat keputusan.


MERISIK

merisik untuk siasat yang kamu tu masih belum berpunya *padahal dah tahu*.
waktu ni jugak, bakal mama-in-law dan abah-in-law akan tengok macam maner kamu berjalan dari dapur bawak dulang, dan tuang air teh dengan tangan ketar. yang parent-in-law yang tegas, mungkin kamu kena baca Al-Fatihah, untuk menguji sahaja.


yang lelaki, jangan ingat terlepas. mungkin ada yang kena taranum! ada yang menguji tahap pengetahuan agamanya. nak jadi suami kan. jangan main-main. tapi selalunya, hanya tanya kerja ape, kereta apa, gaji berapa. *tipu*


yang paling best, kamu akan dapat cincin. yay! kalau kekasih kamu ada peruntukan lah. ada juga yang hanya bawak manisan. ok aper. dan keputusan untuk tarikh Bertunang Day mungkin akan dibuat masa ni.



MEMINANG (Bertunang)


Bertunang Day! hari untuk dapat cincin lagi. eh tak. Bertunang Day untuk membincangkan hal Berkahwin Day nanti. waktu ni lah, kedua-dua belah family akan bincang tentang tarikh Berkahwin Day, tempoh bertunang, jumlah hantaran hangus, nilai mas kawen. seronok masa ni. sebab kamu duk diam tunduk malu tapi curi-curi dengar apa yang tengah dibincangkan.


masa Bertunang day ini juga, kamu akan bertukar-tukar hantaran dengan kekasih kamu. eh, dengan tunang kamu. ganjil berbalas ganjil. contoh, 51 dulang berbalas 53 dulang. asalkan ganjil. kononnya kalau genap, tak elok. kamu rasmi jadi tunang orang, bila mama-in-law sarung cincin.
*alhamdullillah*


Akad Nikah (Berkahwin Day)

acara yang dinanti-nanti tapi ditakuti oleh tunang kamu. sebab acara akad nikah ialah upacara menakutkan selepas bersunat. *gelak*. anyway, waktu ini, pastilah tunang kamu akan lafazkan akad. tapi sebelum tu, tok kadi akan tanya pada kamu sama ada kamu setuju atau tidak menjadi isteri tunang kamu. malu-malu pun kena angguk jugak. selepas khutbah nikah, baru tunang kamu akan lafaz nikah berbunyi "Aku terima nikahnya (nama kamu) dengan mas kahwin sebanyak (mengikut negeri atau mak kamu) tunai". bila disahkan oleh saksi lafaz itu jelas, maka sah lah kamu menjadi hubby and wifey. *alhamdullillah*


Adat Berinai

majlis ini up-to-you nak buat ke tak. oh ya, ada jugak yang buat Majlis Berkhatam Al-Quran. tapi bagi Majlis Berinai ni macam best. sebab ada terbahagi tiga. Berinai Curi (berinai bersama saudara mara tiga malam sebelum kenduri), Berinai Kecil (berinai bersama saudara, jiran, kawan) dan Berinai Besar (bersama suami selepas nikah, family belah suami dan semua-semua). tapi lepas majlis tu, suami kamu kena balik tau. esok sambung mesra-mesra masa Kenduri ya.



Majlis Perkahwinan (Berkahwin Day)


hari yang dinanti-nanti. menjadi raja sehari. waktu ni kamu berdua akan berarak sampai lah ke tempat majlis. Kalau ada pelamin, kenalah bersanding. dan pastilah harapnya segala yang dirancang berjalan lancar. pasti puas hati kan, tengok apa yang kita rancang menjadi kenyataan.
auww.bestnyer Berkahwin. *gelak*



jadi, selamat berkahwin semua!


selepas diedit dari sini : Adat Perkahwinan Melayu

3 comments:

Nur Rawaidah Rahmat said...

masa tunang hari tu nora tak dapat dengar perbualan dorg huhu tp nasib ada rakaman video =)

PUAN THALHA : said...

hihi. kelakar bila diingatkan time merisik. malu gile sampai nak bawak kuar air pun kite upah adik lelaki saya bawak kuar air! hee. tak senonoh betul bila fikir. entahla. masa tu memang malu sesangat. ekekeke ;p
kini, alhamdulillah. semua dah selamat. di satukan mengikut agamna dan adat :)

Lala said...

nora : lala dengar dari kakak ja, yang jadi tukang penyebar.hehe

thalhazlin : malu kan. padahal family belah laki dah kenal pun kan.hehe

Follow me, i'll follow back!